Written by AbangNara | May 30th, 2014

Hmmmm. Bila dah bercerai, macam-macam pula yang keluar daripada mulut Abby Abadi. Rasanya masa kahwin dulu bukan main seronok dapat bersuamikan lelaki muda. Bukan nak mengutuk Abby, tetapi apabila membuat pilihan sebegini, haruslah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sememangnya lelaki muda ini cepat sikit marahnya. Tapi tak apalah, dah tak ada jodoh. Itulah suratan takdir buat Abby dan Farhan.

abby dan farhan

Kata Abby Abadi menerusi Mstar Online:-

Saya akui masih sayangkan dia dan langsung tidak pernah membayangkan perceraian akan berlaku kerana salah faham yang timbul tidak sepatutnya berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun buat masa ini saya tidak nampak jalan untuk kami berbaik semula kerana saya sudah berusaha sehabis baik untuk memperbetulkan keadaan tetapi apalah daya saya kalau itu ketentuan dan takdir saya.

Bukan kerana orang ketiga dan jika komen orang mengenai saya di laman sosial juga tidak pernah menjadi penyebab kepada kejadian ini dan saya tidak salahkan sesiapa kerana kami berdua ada melakukan kesilapan.

Pada saya dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya sebagai suami dan kami juga baru kenal mengenali selepas berkahwin. Mungkin ada beberapa perkara yang dia tidak dapat faham.

Saya tidak salahkan dia kerana ketika saya berusia seperti dia pun banyak perkara yang saya tidak faham dan masih belajar mengenai kehidupan.

Apa-apa pun saya tidak pernah menyesal berkahwin dengannya malah bersyukur dia dipinjamkan kepada saya biarpun singkat.

abby abadiSemoga Abby Abadi dan Farhan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga kes penceraian mereka akan berjalan lancar dan tidak tertangguh. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | May 29th, 2014

Farhan, suami kepada Abby Abadi dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak 2 kali kepada Abby Abadi. Salah satunya tidak dilaporkan kepada mahkamah iaitu apabila Farhan memberitahu rakannya yang dia sudah menceraikan Abby Abadi. Lafaz tersebut adalah sah dan Abby serta Farhan telah rujuk secara perbuatan tanpa memberitahu mahkamah terlebih dahulu.

abby abadi cerai

Kata Abby Abadi:-

Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah

abby

Kemudiannya Abby memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu. SMS tersebut dihantar pada jam 10.25 pagi apabila suaminya tidak pulang ke rumah malam sebelumnya. Kata Abby lagi:-

Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej.

abby

Bagaimanapun kes ini terpaksa ditangguhkan hingga 11 Jun untuk membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Apa pun, takziah kepada Abby Abadi dan Farhan atas kemelut rumah tangga mereka. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | May 28th, 2014

Akhirnya segala persoalan mengenai status rumah tangga Abby Abadi dan Farhan terjawab jua. Pelakon ini dijangka bakal memfailkan penceraian pagi esok di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Menurut Utusan, usaha menyelamatkan rumah tangga mereka telah gagal lantas menyebabkan Abby terpaksa memfailkan penceraian ini. Untuk makluman, Abby dan Farhan telah mendirikan rumah tangga pada 9 Julai 2013 di Thailand.

abby abadi cerai

Ini adalah perkahwinan kedua Abby Abadi selepas perkahwinan pertamanya dengan Norman Hakim turut berakhir dengan penceraian. Abby berusi 37 tahun sementara suaminya, Farhan, 24 tahun. Sebelum ini Abby telah memberi bayangan mengenai keretakan rumah tangga menerusi status-status yang dikongsi di Instagram. Info asal Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | July 29th, 2013

5 tahun hidup sendirian bukanlah satu tempoh masa yang pendek. Pasti ramai yang tertanya-tanya, tiadakah lelaki yang cuba memperisterikan Abby Abadi dalam ketika itu? Menerusi Sinar Harian semalam, Abby telah berkongsi sedikit cerita mengenai dirinya.

abby abadi

Menurut Abby, sebelum berkahwin dengan Farhan, 24 tahun, ada beberapa lelaki yang telah cuba untuk mengahwininnya. Namun pendiriannya untuk tidak menjadi isteri kedua atau ketiga telah membatalkan niat suci mereka. Kata Abby:-

Saya bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT. Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik. Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan.

farhan

Malah anak-anak Abby Abadi juga telah mula menerima dan semakin mesra dengan kehadiran ayah baru mereka. Abang Nara suka melihat kecomelan mereka di dalam gambar di atas. Nampak sangat-sangat baik antara satu sama lain. Tambah Abby lagi:-

Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga. Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula.

Tua atau muda pasangan kita, bukanlah penentu kebahagiaan. Yang penting, sikap tolak ansur, berhemah dan saling sayang menyayangi. Semoga Abby dan Farhan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Sama-samalah kita doakan.
ronasutraP.S: Jom cantik bergaya di pagi Raya dengan Ronasutra. 100% mineral makeup. Bertindak juga sebagai penyelesaian kepada masalah kulit. Layari www.ronasutra.com sekarang juga untuk pastikan anda ceria di Hari Raya.