Written by AbangNara | September 6th, 2018

10 tahun menanti cahaya mata adalah satu penantian yang cukup lama buat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai cara telah dilakukan oleh beliau untuk hamil. Baru-baru ini menerusi ‘teaser’ satu slot program terbaru saluran TV Al-Hijrah, Datuk Siti telah mendedahkan ikhtiar-ikhtiar yang dilakukan olehnya sebelum mendapat Aafiyah. Perkongsian tersebut telah menjadi viral di laman sosial.

siti nurhaliza

Selain daripada pergi berurut, menjalani rawatan tradisional dan pelbagai jenis rawatan moden, Siti turut memaklumkan yang dia sudah melakukan rawatan IVF sebanyak 5 kali sepanjang tempoh 10 tahun tersebut. Kata Siti Nurhaliza:-

10 tahun itu adalah satu tempoh yang lama tapi saya dah kuat kerana saya dah positif dan fikirkan yang baik saja kepada Allah sebab saya dah cuba macam-macam rawatan. Pergi berurut, buat rawatan tradisional dan juga rawatan moden. Saya dah buat IVF lima kali tapi tak cerita pada orang kerana tak nak nanti orang kata itu pun nak cerita. Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusah, padahal saya dah usaha cuma saya tak beritahu sahaja

Perkongsian ikhlas daripada Datuk Siti Nurhaliza ini ternyata telah menyentuh hati mereka yang menontonnya. Dilihat ramai yang bergenang air mata kerana berkongsi penderitaan beliau. Apa pun, kehadiran Aafiyah pastinya umpama sebutir permata yang menghiasi hidup beliau sekeluarga kini.

aafiyah

Buat mereka yang sudah berkahwin namun belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, semoga perkongsian Datuk Siti Nurhaliza ini akan memberikan semangat untuk anda terus mencuba. Insya Allah satu hari nanti akan ada hikmah di sebalik penantian anda. Sama-sama banyakkan berdoa dan memohon kepadaNya.

Written by serenity | September 3rd, 2018

Nampak sungguh bahagia pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semasa majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-12 di Restoran Wow KL, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) semalam.

Majlis ulangtahun perkahwinan mereka turut diraikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat, serta dimeriankan dengan persembahan dari Siti sendiri dan Hael Hussaini.

Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | August 29th, 2018

Beberapa hari lalu, trendi di Twitter salah seorang peserta realiti Big Stage, Sarah Suhairi yang menyanyikan sebuah lagu Korea dari kumpulan Blackpink. Ramai yang memuji persembahan beliau termasuklah juri profesional program berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Namun, pendapat Siti Nurhaliza itu dipertikaikan oleh seorang penyanyi lain dan mencetuskan sedikit perbalahan antara peminat mereka.

Terbaru, RoziĀ  Abdul Razak ataupun lebih dikenali sebagai Rozi Sang Dewi iaitu pembantu peribadi kepada Siti Nurhaliza berkata, pihak mereka tidak mahu terus melatah dengan setiap komen yang dilemparkan dan bertindak untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu yang timbul.

Kenyataan dari Rozi itu dipercayai berkait dengan komentar seorang penyanyi lain yang mendakwa komen Siti Nurhaliza mengenai penjurian di Big Stage sebagai ‘no brainer’.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 19th, 2018

Aidifiltri kali ini pastinya lebih bermakna buat Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga kerana kehadiran cahaya mata mereka iaitu Siti Aafiyah. Jelas terserlah kegembiraan dan kemeriahan di dalam setiap keping gambar yang dikongsikan oleh penyanyi nombor 1 negara ini. Seronok melihat kecomelan Aafiyah di samping ibu dan ayahnya. Rasa nak cubit-cubit je si pipi merah ini.

siti nurhaliza

Siti Aafiyah juga bertuah kerana turut sama dapat menyambut lebaran dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

siti nurhaliza

Semoga Aidilfitri ini membawa lebih berkat dan keseronokan buat Datuk Siti Nurhaliza sekeluarga. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Makin slim Datuk Siti. Cun melecun skang nie!!!