December 21st, 2011

Oh rupanya bukan 1 tapi ada 4 cover majalah GLAM yang menampilkan Siti Nurhaliza sebagai Madonna. Di bawah ialah salah satu daripada cover tersebut. Gorgeous gila kot ~~

siti madonna

Tak sabar nak menunggu 2 lagi cover Siti Nurhaliza. Agak-agaknya style Madonna yang mana satu akan ditiru oleh Siti? Untuk yang tak tengok cover yang pertama, anda boleh tengok di entri ini.

December 19th, 2011

Fuh ~~ Memang mengejutkan. Inilah satu sisi Datuk Siti Nurhaliza yang kita semua tidak ketahui tetapi berjaya dicungkil oleh para editor majalah GLAM. Siapa sangka Datuk Siti Nurhaliza mampu bergaya ala-ala Madonna untuk keluaran majalah GLAM Januari 2012. Serious Abang Nara terkejut dan terkesima sebentar melihat cover di bawah.

cover glam 2012

Mungkin dengan kelahiran album pertama yang berbahasa Inggeris sepenuhnya, DatuK Siti teruja untuk meniru gaya Madonna. Cantik memang cantik, tapi Abang Nara nampak pelik sedikit. Mungkin gaya rambut kot. Apa pulak pendapat korang?