Written by Bella | April 11th, 2015

Siti Elizad telah mengejutkan peminat apabila mengakui sudah berkahwin pada bulan Januari lalu tetapi terpaksa merahsiakannya buat sementara waktu atas permintaan bapanya.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Elizad telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis pernikahan beliau yang berlangsung pada tanggal 11 Januari bersama suami tercinta Shamsul Baharin. Aktres tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa beliau di Masjid Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.

Khas buat pembaca BeautifulNara dan peminat Siti Elizad, berikut kami paparkan foto majlis akad nikah mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Instagram Siti Elizad

 
Written by Bella | April 6th, 2015

Sebelum ini, Siti Elizad memberitahu beliau kini sedang menanti hari untuk menjadi isteri bersama jejaka pilihan hatinya Shamsul Baharin dan sudah dua kali menangguh perkahwinan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Semakin popular selepas kejayan dalam drama Teman Lelaki Upahan, Elizad telah memberitahu sebuah berita yang mengejutkan hari ini apabila mengakui sudah bernikah sejak tanggal 11 Januari lalu kerana menghormati permintaan bapa tercinta.

Elizad berkata beliau sama sekali tidak pernah ingin membelakangkan pihak media apabila merahsiakan perkara tersebut, tetapi bapanya sudah meminta agar pernikahan beliau tidak digembar-gemburkan.

 Saya mengaku memang sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja.

Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara yang wajib saja.

Majlis pernikahan Elizad dan Shamsul telah diadakan secara tertutup pada 11 Januari jam 4 petang di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Berniat untuk mendedahkan perkara tersebut pada majlis resepsinya nanti, beliau tidak menyangka berita ini telah bocor kepada umum terlebih awal.

Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua.

Harap semua peminat tidak kecil hati dan pihak media terguris kerana Siti Elizad merahsiakan perkara tersebut. Lagipun, beliau sebagai seorang anak harus melaksanakan permintaan bapanya yang sedang tidak sihat. Tahniah kami ucapkan kepada Elizad dan Shamsul, semoga berkekalan.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | February 26th, 2015

Siti Elizad, nama yang sudah agak lama berada dalam industri lakonan tempatan dan sering diperkatakan kerana keberkesanan dalam membawa sesuatu watak yang diberi. Sedang hangat dengan watak Kyra Lydia dalam drama bersiri adaptasi novel Teman Lelaki Upahan, nampaknya beliau bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Insya-ALLAH saya akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Kalau ikutkan ia sepatutnya berlangsung April ini, tetapi kerana jadual kerja saya yang padat, ia ditunda ke satu tarikh lain.

Khabarnya, bakal suami Siti Elizad merupkan seorang duda dan merupakah salah seorang pekerja di syarikat permotoran jenama antarabangsa terkenal, Harley Davidson.

Aktres tersebut, sempat meluahkan rasa syukur kerana bakal suami adalah seorang yang memahami dan tidak menghalang minat beliau untuk bergiat aktif dalam lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Paling penting dia memang tahu saya suka berlakon.

Paling penting bila berkawan dengan lelaki berusia ini, dia tidak datangkan masalah pada saya. Senang cerita cukup susah kami bergaduh walaupun saya jenis senang merajuk.

Jejaka tersebut mempunyai dua orang anak dan sudah lama mengenali lelaki tersebut sebagai rakan abangnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Elizad kerana bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Tidak kisahlah duda ataupun tidak, apa yang penting anda berdua harus jujur, memahami dan bertolak ansur diantara satu sama lain dalam mendirikan rumah tanggan yang bahagia. Giteww (macam doktor cinta la pulak).

Sumber Berita: Sinar Harian