Written by Bella | March 27th, 2018

Teka-teki mengenai nama anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah terjawab apabila Siti Aafiyah diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah majlis akikah dan tahnik yang diadakan hujung minggu lalu.

Seperti yang dikatakan oleh Siti Nurhaliza, nama tersebut diilhamkan ketika beliau menunaikan ibadah umrah.

Namun, tahukah anda maksud disebalik nama tersebut? Menerusi akaun Facebook, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mendedahkan maksud dan keistimewaan nama Siti Aafiyah.

Pada masa yang sama, beliau juga memuji majlis yang dianjurkan cukup sempurna kerana diisi dengan selawat dan lagu-lagu pujian ke hadrat Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.

Semoga Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada dua ibu bapanya.