Written by serenity | December 2nd, 2017

Jika sebelum ini Izreen Azminda banyak bermain teka teki mengenai status dirinya dan memberitahu akan mengadakan satu sidang media membabitkan beberapa pemberita tertentu sahaja, seorang wanita bernama Intan Liana Saleh, telah tampil memberitahu bahawa Izreen telah berkahwin dengan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, seorang pemuzik untuk rancangan Gegar Vaganza, sebagai isteri kedua.

Intan memberitahu hanya mengetahui tentang itu pada 10 November lepas, iaitu beberapa bulan sejak suaminya berkahwin dengan pelakon itu sekitar Ogos lepas. Kepada BH Online, Muhammad Radzi atau lebih dikenali dengan nama Ude, mengakui bahawa dia telah berkahwin dengan Izreen.

Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.

Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan bersama Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan

Wanita yang tampil membuat pengakuan itu ialah isteri pertama saya.

Saya dan Intan Liana Saleh, 32, mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu. Kami memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.

Uda juga menafikan rumahtangganya berantakan setelah Intan Liana mengetahui dia telah berkahwin dengan Izreen:

Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.

Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.

Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain.

Ude juga meminta agar privasi keluarganya dijaga oleh pihak media.

Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.

“Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga.

Sementara itu, kepada Sinar Harian, Izreen memberitahu dia kecewa perkara itu digembar-gemburkan tanpa pengetahuannya sebelum dia mengadakan sidang media:

Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat.

Desas-desus bahawa Izreen telah berkahwin timbul apabila Izreen meletakkan nama ‘Mrs. Ude’ di akaun Instagramnya beberapa minggu lepas dan setakat artikel ditulis, penulis mendapati Izreen juga telah menukar namanya kepada ‘Madam Izreen Azminda Radzi’ di akaun Instagramnya

Izreen bagaimanapun sebelum ini pernah mengatakan Mr. R yang dikaitkan dengannya ialah seorang bujang dan beberapa kali memberi kenyataan yang membayangkan dia tidak kisah berkahwin suami orang dan hidup bermadu.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun. – beautifulnara.com

Written by serenity | October 13th, 2017

Kemelut rumahtangga yang melanda Hafiz Hamidun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk pengacara legenda Azwan Ali.

Melalui satu status Instagram, Azwan Ali mempersoalkan tidakan Joy Revfa mengadakan sidang media tentang Hafiz Hamidun.

image

Status itu disambut oleh pengikutnya yang juga menyatakan rasa kesal mereka kerana berita mengenai sidang media itu mengganggu mereka sejak pagi semalam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 5th, 2015

Anugerah Skrin 2015 akan berlansung pada 8 November ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mulai pukul 9.00 malam.

Ia mempertandingkan 31 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dan teknikal. Tema ASK pada tahun ini ialah ‘Raikan Bintang’ (Celebrating the Stars) dan menggunakan warna emas dan hitam sebagai simbol bintang berkilau di langit untuk keseluruhan dekorasi, pakaian dan tatarias.


 photo 12070781_1466142597049732_1192336354_n.jpg

Berikut dipaparkan gambar-gambar selebriti yang hadir ke majlis sidang media ini. Kredit gambar Selebriti Online.

Program Kebangsaan JKKN Oktober 2015 ini….Tandakan kalendar anda!!!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 3 October 2015

 
Written by serenity | October 19th, 2013

Sebelum ini, Diana Amir telah merahsiakan siapa tunangnya, namun petang semalam melalui satu sidang media, pelakon itu telah menunjukkan siapa orangnya. Nama tunang Diana Amir ialah Mohd Habib Bullah A. Rahman dan memang segak orangnya.


 photo 1410801_645042318852092_700207861_o.jpg
 photo 1243624_645050172184640_386635949_o.jpg

Pasangan ini mengumumkan akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Majlis pernikahan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yakult (M) Sdn Bhd dan seramai 250 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat bakal hadir. Turut kelihatan di sidang media ialah David Teoh yang juga majikan Diana amir.

Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar ST Photography. Sila ke laman web rasmi beliau untk melihat pakej-pakej fotografi perkahwinan menarik untuk hari bersejarah anda.


Mereka yang mempunyai bakat persembahan unik, kumpulan tari tradisional kanak-kanak dan pasangan joget dijemput beramai-ramai untuk ujibakat MyGempak II di Plaza Pelangi, Johor Baru, Johor untuk program Mimpi Ke Bintang, Lantai Cilik dan Planet Joget dari 17 – 21 Oktober ini. Hadiah lumayan menanti para pemenang serta peluang beraksi di rangkaian televisyen nasional. Jangan lepaskan peluang ini!