Written by Bella | October 19th, 2018

Agak jarang kita lihat Shukri Yahaya lantang bersuara mengenai sesuatu perkara meskipun dihimpit kontroversi, namun tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Baru-baru ini, beliau ada meluahkan rasa marah terhadap seorang pelakon baru yang gagal melaksanakan babak pukul dengan teknik yang betul sehingga menyebabkan orang lain cedera.

Shukri pada masa yang sama meminta produser dan pengarah untuk mencari seorang pelakon baru yang boleh berlakon dan tidak menyusahkan orang lain di set penggambaran. Ramai juga yang tertanya siapa agaknya yang dimaksudkan oleh beliau?

Menerusi portal Kosmo Online, Shukri memberitahu beliau tidak berniat untuk memarahi mana-mana pihak dan apa yang diluahkan menerusi Insta Storiesnya itu hanya secara umum sahaja.

Sejujurnya, saya tidak memarahi sesiapa. Cuma, saya tergerak hati untuk memuat naik status berkenaan kerana tidak mahu ia berulang kembali. Jika mahu melakonkan babak memukul, janganlah pukul betul-betul.

Sebagai pelakon kita perlu tahu tentang teknik kamera dan bagaimana kita mahu ‘menipu’ secara visual.

Betul juga apa yang diluahkan oleh Shukri, kalau hendak berlakon pastikan sudah faham dan belajar teknik yang betul. Tidak hanya bergantung pada paras rupa sahaja. Apa pendapat anda pula?

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | October 15th, 2018

Entah kenapa, kali ini pelbagai isu timbul mengenai ABPBH 31. Ramai juga yang mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pencalonan pada malam anugerah tersebut.

Terbaru, pelakon Syazwan Zulkifly pula mempersoalkan bagaimana rakannya yang juga seorang aktor popular, Shukri Yahaya tidak tercalon langsung dalam kategori ABPBH 31 sedangkan Shukri dikenali sebagai seorang pelakon yang mantap dan banyak drama lakonannya mendapat rating yang tinggi.

Kenapa mereka yang hanya berlakon drama setahun sekali pula diangkat namanya dan dianggap popular.

Walaupun mengakui Shukri tidak pernah kisah tentang soal itu, Syazwan bagaimanapun hanya meluahkan pendapatnya kerana merasa pelik mengenai sistem anugerah yang memilih pemenang berdasarkan undi serta populariti sahaja.

Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing dan seperti yang semua tahu undian peminat memang memainkan peranan penting untuk anugerah tersebut. Apa yang penting, masih ramai yang kagum dan mampu menilai bakat Shukri. Apa komen anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 13th, 2018

Sebut sahaja nama Shukri Yahaya pastinya ramai yang meminati beliau bukan? Shukri boleh dikatakan sebagai aktor yang versatil dan mempunyai karismanya tersendiri. Namun, Shukri masih belum lagi mendapat watak yang betul-betul mencabar dan menyerlahkan lagi bakatnya, beliau kerap melakonkan watak utama dalam drama Melayu yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Namun, sebagai seorang pelakon beliau tidak pernah mengeluh apabila mendapat tawaran skrip dengan jalan cerita yang sama. Apa yang penting adalah permintaan penonton dan beliau akan mencuba untuk membuat yang terbaik.

Saya tahu ada pelakon yang kata skrip tak bagus. Tapi bagi saya, kita sebagai pelakon kena olah penampilan jadi cantik bila di televisyen. Bukan bergantung kepada skrip 100 peratus. Kita tak boleh mengeluh kata skrip yang sama sahaja.  Memang kalau ikutkan kebanyakkan drama jalan cerita yang sama. Penonton yang nak. Kita ikut sahaja. Tak boleh pentingkan diri dan tak boleh perasan sendiri.

Buat Shukri, walaupun watak yang diterima itu sama, pelakon sebenarnya boleh sahaja mengolahnya untuk menjadi lebih baik dan menampilkan kelainan agar penonton tidak rasa bosan.

Drama dah semakin banyak. Kita tak boleh memilih juga sebab sekarang ini pelakon pun dah ramai. Walaupun skrip yang sama, apa yang berbezanya adalah pelakon dan cara dia membawa watak tersebut. Itu yang kita kena buat supaya penonton nampak kelainan pada watak itu.

Terdahulu, pelakon Aiman Hakim Ridza ada meluahkan kekecewaan dan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana skrip yang dihasilkan tidak berkualiti serta mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu berkisahkan cinta. Malah, Aiman ada mengeluarkan kenyataan agak panas dimana beliau melabelkan skrip drama sekarang seperti ‘sampah’.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 14th, 2018

Isteri kepada aktor kacak Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan merasa bengang apabila “diserang” oleh peminat suaminya yang menghantar mesej peribadi di akaun Instagram suaminya meminta pelakon itu menegur Tya tentang auratnya.

Tya terkejut dengan tindakan peminat itu yang mahu beliau menutup aurat dengan betul. Semuanya gara-gara Tya memuat naik foto beliau memakai turban di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Tya, Shukri mengetahui setiap perkara yang beliau lakukan termasuklah apa sahaja yang dimuat naik ke laman sosial.

Bersabarlah Tya, dah namanya isteri seorang selebriti pasti anda akan menjadi tumpuan juga dan menjadi mangsa kritikan orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar. Kami yakin Shukri tahu macam mana hendak mendidik isterinya. Kalau hendak tegur, mengapa tidak bertanya terus kepada Tya sahaja?