November 23rd, 2015

Sah bergelar isteri pada  20 November lepas, pasangan Shukri Yahaya dan Tya Adnan telah melangsungkan majlis resepsi mereka di A- Park,  Kampung Pulau Meranti, Puchong pada Sabtu lepas.

Mengenakan busana berwarna putih Shukri dan Tya cukup kacak dan cantik.

Sebelum berbulan madu, Shukri ada menyatakan hasrat beliau untuk membawa isterinya mengerjakan ibadah Umrah.

Sebelum pergi berbulan ma­du, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun. Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian.

Tahniah kami ucapkan kepada Shukri Yahaya dan Tya Adnan, semoga anda melayari bahtera rumah tangga dengan penuh rasa kasih sayang dan kebahagiaan. InshaAllah.

Berikut kami kongsikan 34 foto sewaktu majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto:  Amir Naufal Photography

November 21st, 2015

Semalam Shukri Yahaya dan Tya Adnan telah sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dan kami ada kongsi beberapa foto sewaktu majlis tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya.

Ibarat pinang dibelah dua, Shukri dan Tya cukup anggun dan kacak mengenakan busana berwarna putih dan jelas terpancar cinta serta kebahagiaan di mata mereka.

Majlis resepsi mereka akann diadakan hari ini di  di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.

Sementara itu, kami kongsikan 65 lagi foto akad nikah mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Amir Naufal Photography

November 20th, 2015

Hanya dengan sekali lafaz pelakon Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 3.36 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.

Shukri  menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunkan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.

Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.

Tya pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.

Lima tahun menyulam cinta sebelum bersatu sebagai suami isteri, Tya menyifatkan karakter Shukri yang lucu membuatkan beliau  tertarik dan merasa selesa dengan suaminya itu.

Majlis resepsi perkahwinan Shukri dan Tya pula akan diadakan esok di  di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Shukri Yahaya dan Tya Adnan khas buat pembaca BeautifulNara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: mStar Online / Sumber Foto: Instagram Pepatungmy