May 15th, 2015

Kumpulan Sepah satu ketika dahulu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Mamat. Antara ramai-ramai Mamat adalah yang paling kurang lawaknya dan paling tidak menonjol sehingga ada yang mempersoalkan kehadiran Mamat di dalam kumpulan tersebut. Selepas kumpulan Sepah berpecah, Jepp dan Shuib membentuk Sepahtu dengan seringkali menjemput seorang pelawak lain. Secara jujur gandingan Sepahtu dengan pelawak lain agak tidak menjadi sehingga ada yang mahukan Mamat kembali.

mamat sepah

Terbaru menurut Mamat, sengketa yang timbul antara dirinya dan anggota kumpulan Sepah yang lain telah pun selesai. Malah Mamat membayangkan keinginannya untuk bersatu kembali di bawah payung Sepah. Kata Mamat:-

Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing. Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir

mamat

Teringin juga melihat kumpulan Sepah beraksi seperti di awal kemunculan mereka. Walaupun Mamat jarang mengenakan ‘punchline’ yang hebat, namun impaknya di dalam kumpulan tersebut tetap besar. Bak kata orang, bila seseorang itu tak ada, barulah kita akan rasa kehilangannya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Mamat dan kumpulan Sepah. Kalau ada jodoh, pasti mereka akan bersatu kembali. Apa kata anda? Sumber portal Murai.

October 23rd, 2012

Kumpulan Sepah sudah pun berpecah. Mamat kini bergerak seorang diri sementara Jepp dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepahtu. Abang Nara ingatkan at least Sepahtu akan turut serta dalam Maharaja Lawak Mega 2012, sayangnya apabila nama peserta dikeluarkan, nama mereka tidak tersenarai. Ini sangat-sangat mengecewakan.

kumpulan sepah

Pasti ramai peminat Sepah yang kecewa dengan ketiadaan mereka di dalam program berprestij ini. Lawak-lawak kumpulan Sepah sememangnya berada di dalam kelas mereka yang tersendiri. Apa pun Shuib menegaskan mereka tidak turut serta di dalam Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menjaga hati banyak pihak:-

Dahulu kami bertiga. Sekarang ini hanya tinggal kami berdua saja. Jadi, jika kami masuk, kami akan rasa janggal pula. Sejujurnya, kami telah mengambil masa selama tiga bulan untuk buat keputusan sama ada kami patut sertainya atau pun tidak. Oleh itu, rasanya inilah keputusannya terbaik kami yang mana kami tidak masuk. Kami tidak mahu orang pertikaikan kemasukan kami. Lagi pun, sebelum ini kami cipta nama dengan bertiga. Untuk berdua (Sepahtu), rasanya masih belum cukup matang lagi untuk kami melakukannya.

sepahtu

Pastinya Maharaja Lawak Mega 2012 akan kurang serinya tanpa kehadiran kumpulan Sepah. Walaupun ramai yang kecewa, Abang Nara rasa ini adalah keputusan yang dibuat setelah mereka berfikir lama. Diharap Sepah akan membuat comeback di dalam mana-mana program lawak di masa hadapan. Ramai yang merindukan lawak awesome mereka. Tak gitu?

P.S: Apabila kilat menyambar

September 25th, 2012

Amboi Shuib Sepah ini memang pantas betul menambahkan bilangan ahli keluarganya. Baru sahaja mendapat anak sulung pada 4 Disember 2011, isteri Shuib, Siti Sarah disahkan hamil sekali lagi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan suami isteri ini atas berita gembira ini.

siti sarah hamil lagi

Walaupun usia kandungan baru 2,3 minggu, Siti Sarah dan Shuib sagat teruja kerana mereka berdua teringin bermain dengan anak kecil. Untuk makluman, anak sulung mereka, Uwais telah pun berusia 9 bulan dan kini sudah pandai berjalan. Kata Shuib:-

Alhamdulilah, sebelum kami berjumpa doktor dua hari lalu, Sarah sudah pun mengesan kehamilannya dengan menggunakan alat uji kehamilan di rumah. Doktor yang melakukan imbasan kepada perut Sarah memberitahu usia kandungannya masih awal iaitu dalam 2 hingga 3 minggu dan yang kelihatan buat masa ini hanyalah segumpal darah lagi. Kami sangat teruja dengan berita ini, walaupun pada awalnya kami merancang untuk dapat anak lagi selepas Uwais besar sedikit dan boleh sedikit berdikari, namun kami terima pemberian ini dan menganggap ia sebagai rezeki Tuhan. “Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama.

anak siti sarah

Tahniah sekali lagi kepada Siti Sarah dan Shuib. Semoga semuanya selamat untuk kehamilan kali kedua ini. Abang Nara doakan semoga dapat anak perempuan pulak kali ini. Barulah lengkap sepasang. Tak gitu? Info asal portal Murai.

P.S: Janggut dan misai orang Eropah yang unik.

October 17th, 2011

Informasi ini tidak dapat disahkan kebenarannya. Namun baru-baru ini Abang Nara mendapat email daripada seorang pembaca yang telah berinteraksi dengan seseorang yang kononnnya ialah abang kepada Mamat Sepah. Manusia yang dikatakan abang Mamat Sepah ini memberikan jawapan sebegini apabila ditanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada Mamat Sepah:-

mamat sepah

Nama manusia yang kononnya Abang Mamat Sepah ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Informasi di atas tidak pasti tetapi informasi yang Abang Nara ambil daripada Pancaindera semalam ini sememangnya benar 100%. Apabila ditanya tentang penendangnnya keluar daripada kumpulan Sepah, Mamat berkata:-

Saya tak mahu komen sebab saya anggap mereka ini sahabat dunia akhirat. Biarlah Jep dan Shuib keluarkan kenyataan mengenai krisis kami. Tak bermakna saya nak tunjuk baik atau sebaliknya, saya tak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah mereka nak kata saya bermasalah, tak berdisplin dan sebagainya, saya tak kisah. Kalau betul saya bermasalah, tak adalah saya dapat tawaran berlakon bukan?

mamat sepah
Ditanya adakah Mamat tahu punca sebenar dia diasingkan daripada penubuhan kumpulan Sepahtu, Mamat menjawap:-

Saya tak tahu apa motif dan saya tak mahu tahu. Malah saya tak mahu membaca apa juga kenyataan yang tertera di media baik di televisyen mahupun akhbar. Terus terang saya sanggup nak tengok dan baca. Saya istigfar banyak-banyak dan anggap apa yang berlakuini sebagai dugaan untuk menguatkan saya.

Apabila ditanya adakah Mamat tidak bimbang bergerak secara solo, ini jawapan yang diberikan:-

Insya Allah, tanpa mereka saya yakin boleh bergerak solo. Biarlah mereka mahu bergerak bersama Sepahtu, tapi bagi saya Sepah masih ada. Mereka bergerak berdua pun masih menggunakan nama Sepah bukan? Maka jelaslah mereka juga masih mengharapkan tuah nama Sepah itu sendiri. Bagi saya, Sepah itu dah membawa makna yang cukup besar dalam hidup saya.

Kepada Jepp, Shuib dan Mamat, Abang Nara tak kisahlah korang nak Sepahtu ke Sepah three ke Sepah four ke, yang penting kalau buat lawak sila pastikan meletup. Kasik pecah perut macam Maharaja Lawak dulu. Hehehe