Written by AbangNara | August 24th, 2017

Baru-baru ini Abang Nara telah menghadiri majlis perasmian Shopee 9.9 Online Shopping Day.

shopee

Untuk makluman, ini adalah tahun kedua Shopee menganjurkan 9.9 Online Shopping Day ini. Tahun lepas sambutannya memang padu. Abang Nara yakin tahun ini lagi berganda-ganda kemeriahan dan sambutan yang bakal diterima. Sebabnya? Promosi-promosi bersempena Shopee 9.9 Online Shopping Day ini sangat-sangat awesome.

shopee

boss Shopee, Ian Ho dengan partner-partner 9.9 Online Shopping Day

Tahun ini, Shopee turut menampilkan jenama-jenama hebat seperti Nestle, Unilever, Senheng, ASUS, Nubia, SanDisk dan banyak lagi untuk sambutan 9.9 Online Shopping Day mereka. Nanti Abang Nara akan ceritakan lebih lanjut lagi di dalam satu artikel lain. Untuk hari ini, jom kita ushar promosi apa yang bakal anda selaku pengguna dapat sepanjang kempen ini.

1. Spin Kaw Kaw

shopee

2. 9 Days of Unlock

shopee

3. Shocking Sale,, Best of 9.9 dan Merdeka Sale

shopee

4. Lowest Price Guaranteed
shopee

Ini baru 4 je yang Abang Nara kongsikan. Banyak lagi sebenarnya promosi best sepanjang Shopee 9.9 Online Shopping Day yang telah pun bermula pada 23 Ogos lalu sehinggalah 11 September kelak. Korang boleh baca lebih lanjut di https://shopee.com.my/99. Memang inilah peluang terbaik untuk anda membeli barangan yang telah diidamkan sepanjang tahun. Harga kaw-kaw berbaloi.

shopee

Minggu depan Abang Nara akan kongsikan sedikit tips, info lebih lanjut tentang Shopee 9.9 Online Shopping Day ini dan maklumat terperinci tentang setiap promosi yang diadakan. Buat masa ini, anda boleh dah mula ushar-ushar apa yang ingin dibeli di https://shopee.com.my/99 dan juga Facebook Shopee Malaysia.

Written by AbangNara | May 15th, 2017

Pejam celik pejam celik, tak sampai 10 hari lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadhan. Sebulan berpuasa, Syawal pula akan menjelma. Kebiasaannya apabila menyambut Aidilfitri, pelbagai persiapan harus dilakukan. Semua benda nak baru, nak bergaya dan nak tampil cantik dan menawan.

shopee raya

tahun lepas tema biru langit, tahun nie tak tahu lagi tema apa

Abang Nara percaya pembaca BeautifulNara sudah pun mula membuat persiapan untuk memastikan Aidilfitri kali ini lebih meriah dan ceria. Kalau ada yang masih blur dan tak ada idea untuk Syawal kali ini, meh sini Abang Nara kongsikan 7 benda yang bakal memeriahkan lagi sambutan hari raya anda:-

1. Smartphone baru

Satu perkara yang kita pasti akan lakukan sepanjang bulan Syawal ialah mengambil gambar dengan banyaknya. 1 Syawal confirm nak selfie, nak ambil gambar satu family, nak ambil gambar dengan husband/wife tercinta, nak ambil gambar anak-anak pakai baju raya. Lepas tue gambar pakai baju raya sedondon pergi open house, sambutan hari raya di ofis dan macam-macam lagilah. Semua gambar-gambar ini pastinya akan diupload ke Instagram dan Facebook untuk tatapan family dan kawan-kawan. Jadi kualiti gambar mestilah terbaik dan tip-top. Untuk itu, anda perlukan smartphone baru bersempena raya kali ini.

shopee raya

smartphone sekarang macam-macam jenis ada, so kenalah buat pilihan terbaik

Dan sesungguhnya, Shopee adalah tempat terbaik untuk anda membeli smartphone baru untuk digayakan pada pagi Aidilfitri nanti. Shopee kini sedang menawarkan smartphone pada harga paling rendah di pasaran menerusi kempen “Shopee Lowest Price Guaranteed” nya. Kalau tak percaya, boleh buat perbandingan. Anda pasti tak akan jumpa laman web/applikasi lain yang menjual smartphone pada harga yang lebih murah berbanding Shopee. Jadi buat apa nak bayar lebih untuk benda yang sama? Terus ke Shopee untuk mendapat smartphone raya anda hari ini juga.

2. Baju raya baru

Aidilfitri tak akan lengkap tanpa sepasang baju baru untuk digayakan di pagi Syawal. Inilah masanya untuk yang lelaki tampil segak dengan baju Melayu dan yang perempuan untuk tampil jelita menawan dengan baju kurung. Lelaki biasanya sepasang dua baju Melayu dah cukup untuk digunakan sepanjang sebulan raya, namun untuk kaum wanita, sekurang-kurangnya kena ada 5,6 helai pasang baju kurung. 1st raya baju lain, second raya baju lain, 3rd raya baju lain, pergi open house baju lain, pergi rumah kawan baju lain. Baju untuk anak-anak pun jangan dilupa. Masa inilah peluang untuk kita semua bergaya sakan sepuas hati.

shpee raa

Abang Nara sekeluarga dengan tema hijau di hari raya ketiga tahun lepas. Cantik tak?

Abang Nara dah ushar beberapa koleksi baju Melayu dan baju kurang yang ada dijual di sini bersempena kempen “Cahaya Raya Shopee” Semuanya cantik-cantik dan smart-smart belaka. Kalau pakai di pagi raya, confirm kehenseman dan ke”cun’an anda akan meningkat berkali ganda. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-
shpee raa

shpee raa

3. Makeup untuk pagi raya

Satu perkara yang Abang Nara suka tengok apabila pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga ialah kesibukan kaum Hawa ber”make up” di pagi 1 Syawal. Dia punya havoc, memang boleh dengar satu kampung. Berebut cerminlah, berebut ginculah, berebut blusher lah. Memang boleh tergelak dibuatnya. Sebab itulah wife Abang Nara sebelum balik kampung akan pastikan alat-alat make up yang bakal digunakan sudah tersedia sepenuhnya.

shpee raa

shpee raa

shpee raa

shpee raa

(kalau ada set make up macam nie di pagi raya memang puas hati kan?)

Bersempena kempen “Cahaya Raya Shopee”, pelbagai alat make up seperti gincu, blusher, berus, eye shadow, eye mask dan macam-macam lagi sedang terjual di Shopee dengan harga diskaun kaw-kaw punya.

shpee raa

Namun kalau anda nak berjimat cermat, pastikan anda tidak terlepas promosi “Timed Sales” dari Shopee di mana setiap 2 jam jenama-jenama terkemuka seperti Tommee Tippee, Pineng dan Hanabishi akan menjual produk mereka pada harga runtuh serendah RM19. Untung-untung produk make up kegemaran anda pun turut sama terlibat dalam “Timed Sales” ini.shpee raa4. Tudung baru

Baju raya dah baru, make up dah baru, smartphone pun dah baru. Jangan dilupakan satu perkara paling penting untuk kaum Hawa iaitu tudung baru. Fuh!!! Ini kalau terlupa memang boleh menangis dibuatnya. Sekurang-kurang kena ada 10 helai tudung baru untuk digunakan sepanjang bulan Syawal ini. Di Shopee korang boleh beli pelbagai jenis tudung dengan pelbagai jenis jenama dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi bersempena kempen “Cahaya Raya Shopee”.

shpee raa

shpee raa

Namun kalau korang tak ada idea nak beli tudung (dan benda-benda lain untuk persiapan Aidilfitri), tak perlu risau. Sebabnya Shopee ada “Top 100 Must Haves” yang menawarkan diskaun sehingga 90% untuk mereka yang blur tak tahu nak buat persiapan hari raya.
shpee

shpee
Kesemua 100 benda di dalam “Top 100 Must Haves” ini telah pun dipilih dengan begitu teliti oleh Shopee untuk memastikan anda dapat menyambut hari raya dengan sempurna dan meriah. Yang penting, harga kaw-kaw murah sebab diskaun sehingga 90%. Shopping shopping jugak, tapi kalau boleh jimat sampai 90%, takkan tak nak kot?

5. Perabot rumah baru

Hari raya adalah masa terbaik untuk anda menghias rumah dan membeli perabot rumah baru. Tak perlulah nak tukar sampai semua benda, tapi kalau ada sofa baru, tv baru, langsir baru, memang rumah akan nampak lagi ceria dan cantik. Abang Nara pun tengah ushar-ushar sofa baru sebab sofa yang ada sekarang dah kena conteng dengan anak-anak.

shpee

shpee

Sekiranya televisyen baru adalah di dalam senarai benda yang anda ingin beli bersempena Aidilfitri kali ini, tunggu dulu jangan beli lagi. Sebabnya di dalam kempen “Cahaya Raya Shopee” kali ini, ada promosi “45 Days Giveaways”.
shpee raa

Bermula 15 Mei – 30 Jun iaitu sepanjang 45 hari, anda berpeluang memenangi hadiah super duper best bernilai RM25,000 dengan hanya memasukkan nama pengguna Shopee anda di www.shopee.com.my. Kalau nak mencerahkan peluang kemenangan, silalah perkenalkan Shopee kepada rakan anda untuk mendapat 5 kali peluang. Mana tahu ada rezeki nak berhari raya dengan TV baru, smartphone baru dan laptop baru di raya kali nie kan?

Sebenarnya banyak lagi promosi best-best yang sedang berlangsung sempena kempen “Cahaya Raya Shopee” kali ini. Nak cerita satu-satu memang sampai esok pun tak habis. Yang penting, semuanya best-best dan pasti akan menjimatkan perbelanjaan raya anda tahun ini.
shpee raa

Nasihat Abang Nara, kalau anda nak beli apa-apa sempena raya tahun ini, pastikan anda ushar dulu benda tersebut di Shopee. Dan paling penting, tolonglah download applikasi Shopee ke smartphone anda sekarang jugak. Cuma perlu search “Shopee” di Google Play Store atau Apple Store. Kalau tak ada applikasi nie lebih-lebih lagi sepanjang kempen “Cahaya Raya Shopee” nie, memang korang akan mengalami satu kerugian yang amat besar.
shpee raa

Selamat membuat persiapan hari raya bersama Shopee. Kongsi-kongsilah di ruangan komen apa perancangan anda untuk Aidilfitri kali ini. Mana tahu Abang Nara boleh curi idea korang. Hehe.

P.S: By the way jangan lupa LIKE Facebook Shopee Malaysia sebab kat situ nanti banyak info tentang kempen “Cahaya Raya Bersama Shopee” akan diberikan. Selamat bershopping.

Selain itu, kepada semua pembaca Beautifulnara, gunakan kod promosi BEAUTIFULNARA15 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% (had sehingga RM25)! dari koleksi Shopee Top 100 Must Haves. Klik sini untuk bershopping >> SINI.

Cepat klik sini untuk muat turun app Shopee atau sini untuk bershopping.

Terma & syarat:
– Kod promosi ini sah dari 15 hingga 17 Mei 2017 (11.59pm) sahaja.
– Kod promosi ini sah untuk pengguna baru dan penggunaan sekali sahaja.
– Kod promosi ini mesti dimasukkan pada laman daftar keluar.
– Kod promosi ini terhad kepada 100 pengguna pertama sahaja.
– Kod promosi ini hanya untuk produk-produk dalam koleksi Shopee Top 100 Must Haves sahaja.
– Kod promosi ini hanya sah dengan pembayaran melalui Shopee Guarantee (kad kredit, perbankan atas talian dan pembayaran melalui pemindahan bank sahaja).
– Terma dan syarat tertakluk kepada perubahan tanya notis.
shopee raya

Written by AbangNara | March 13th, 2017

Drama Korea dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Sehingga ke hari ini, jutaan rakyat Malaysia termasuk Abang Nara masih ketagih menonton drama Korea. Kalau tak silap, fenomena ini bermula pada tahun 2001 menerusi drama Winter Sonata, kemudian diteruskan dengan Autumn In My Heart, Stairways To Heaven, Full House, I’m Sorry I Love You dan banyak lagi. Antara sebab drama Korea menjadi pilihan ialah kehebatan lakonan, jalan cerita menarik, kisah percintaan yang menyayat hati dan ayat romantik power yang mampu mencairkan hati para penonton.

kfever shopee

ni antara 2 drama feveret Abang Nara

Namun bagi seorang lelaki sejati, salah satu sebab utama Abang Nara melayan drama Korea ialah kerana heroin-heroinnya yang super duper cun. Pergh. Memang boleh jatuh cinta melihat kejelitaan, kecomelan dan kecantikan wajah mereka. Abang Nara sampai pernahlah tidur malam termimpi-mimpikan diorang. Antara heroin-heroin drama Korea feveret Abang Nara ialah:-

1.Song Hye Kyo

song hye kyo

Ya Allah indahnya ciptaan Tuhan

Meletup-letup menerusi drama Descendants of The Sun baru-baru ini, Song Hye Kyo telah berpuluh-puluh tahun memegang watak heroin. Antara drama popular lakonannya ialah Full House bersama Rain, Autumn In My Heart, That Winter The Winds Blow dan All In. Wajahnya yang mulus, putih berseri tanpa sebarang cacat cela, fashion sense yang tinggi serta kecomelan lakonannya telah berjaya meruntun hati jutaan jejaka. Kalau dapat Song Hye Kyo jadi awek, memang sumpah tak cari lain dah.

kfever shopee

hai awak kenapa cantik sangat?

Tengah hangat di Korea sekarang ini ialah “Magic Snow Cushion” dari April Skin yang menyerlahkan lagi kecantikan wajah anda. Kalau korang nak tahu rahsia kulit orang Korea sentiasa nampak tulus mulus flawless je, inilah rahsianya. Senang dipakai, impak yang power dan harga yang sangat berpatutan bersempena promosi K-Fever dari Shopee. Sekali cuba confirm jatuh hati.

magic cushion

Selain daripada “Magic Snow Cushion” dari April Skin ini, banyak lagi produk kecantikan muka seperti pencuci, toner, night cream dan face mask dari Korea. Jenama-jenama seperti Etude House, Skin Food, Tony Moly dan Innisfree semuanya ada.

2. Jun Ji Hyun

jun ji hyun

ah senyumanmu meruntun jiwaku ini

Nama Jun Ji Hyun tidak perlu diperkenalkan lagi terutama selepas namanya mencanak naik menerusi drama My Love From The Star. Tahun 2016, sekali lagi nama Jun Ji Hyun menjadi sebutan ramai selepas lakonannya bersama Lee Min Ho di dalam drama Legend Of The Blue Sea menjadi tontonan jutaan peminat. Abang Nara pertama kali melihat Jun Ji Hyun menerusi filem My Sassy Girl dan terus jatuh cinta pandang pertama. Wajahnya yang flawless dengan gaya comelnya memang kena dengan taste diri ini. Paling Abang Nara suka ialah bibirnya yang mungil dan seksi. Aummm!!!

kfever shopee

hai awak janganlah tenung saya deep-deep sangat. Malulah.

Orang Korea ini bab dapatkan bibir yang mungil, seksi dan menggoda memang bagi kat diorang. Popular sekarang ini adalah 3CE Mini Lip Lacquer Kit yang boleh menjadikan bibir anda perfect sekelip mata. Mudah dipakai, pelbagai pilihan warna, tahan lama dan paling penting, teknologi yang digunakan adalah paling latest dan lain daripada yang lain. Memang jadi buruan para wanita produk ini.

kfever shopee

Selain 3CE Mini Lip Lacquer Kit ini, ada banyak lagi produk-produk Korea untuk bibir anda seperti lipstick, lip cream dan lip tint yang memang popular serta berkesan. Harga semua dah didiskaun kaw-kaw bersempena promosi K-Fever Shopee. Sekali sekala cantikkan bibir apa salahnya kan? Jun Ji Hyun pun confirm jeles tengok bibir korang lepas nie.

3. Kim Go-Eun

kfever shopee

Nama Kim Go-Eun sebelum ini memang kurang dikenali di kalangan para peminat drama Korea. Namun selepas membintangi drama Goblin di samping Gong Yoo dan Lee Dong Wook, satu dunia sudah mula mencemburi kejelitaan dan kecomelan si pelakon cilik ini. Daya tarikannya yang paling kuat sudah tentu pada bulu mata serta keningnya yang lebat dan tebal. Perfect kombinasi dengan wajah Kim Go-Eun yang kecil molek itu.

kim go eun

Rahsia orang Korea mendapatkan mata yang cukup menarik, tertarik dan daboom terbongkar sudah. Rupa-rupanya mereka gunakan set eyeshadow dari Pony x yang tengah popular sekarang ini. Nak mata “semi smoky” boleh, mata “bold smoky” boleh, mata “daily make up” pun boleh. Semuanya confirm akan memukau dan membuatkan anda lebih menarik. Boleh ushar di sini sekiranya anda berminat.

Selain itu ada macam-macam lagi produk kecantikan Korea dari Shopee yang pasti akan menjelitakan lagi wajah anda seperti April Skin, Innisfree, Etude House dan lain-lain. Antaranya product yang ada seperti:-

1. Topeng muka Song Joo Ki – confirm hensem macam pelakon Korea tue selepas 7 hari

2.Perfect Skin Absolute Marble Stick – untuk korang yang nak dapatkan kulit wajah sempurna

3.Contact lens Bausch & Lomb – tampil bergaya dan memukau dengan mata yang lebih jelita

4.Etude House Tint My Brow Gel – kalau korang nak kening mata yang tebal dan bergaya, memang wajib cuba yang ini

5. Pelembap Kulit Aloe Vera Nature Republic– buat anda yang ada masalah kulit kering dan kusam, produk ini akan menyelesaikan masalah tersebut.

kfever shopeeSemua ini dan banyak lagi produk Korea boleh anda dapatkan dengan harga diskaun kaw-kawe di Shopee bersempena dengan promosi K-Fever yang telah bermula sejak 9 Mac sehingga 15 Mac ini. Ada baju fesyen perempuan, ada beg serta wallet, aksesori, kasut, produk kecantikan dan macam-macam lagi. Memang rambang mata dibuatnya.
kfver shopee

Bukan itu sahaja, bersempenan promosi K-Fever ini, Shopee nak berikan RM20,-000 voucher tunai kepada 500 pembeli bertuah. Mereka yang membeli mana-mana produk di dalam kategori di atas sepanjang tempoh promosi ini berpeluang mendapatkan kembali nilai pembelian mereka di dalam bentuk Shopee cash voucher. Kiranya shopping FREE lah nie. Memang berbaloi-baloi sangat. Sila baca maklumat lanjut di sini.

kfver shopee

Terdapat juga promosi Lucky RM7 Deals dimana korang boleh beli produk kecantikkan dari Korea ni dengan harga RM7 je!

kfever sopee
Kepada peminat fashion Korea ada juga promosi tu untuk korang dari Shopee.

shopee
kfever shopee
Shopee K-Fever ini ada juga menawarkan promosi untuk makanan Korea!

kfever shopee

Ada lagi benda khas untuk korang. Guna kod BNKFEVER semasa korang shopping untuk dapatkan discount sebanyak RM10! Tapi kod ini hanya boleh digunakan disini saja >> https://goo.gl/et2R3s.

Kod promo bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50. Kod promo sah untuk satu (1) penggunaan masa sahaja dan sah untuk halaman koleksi yang dipilih sahaja. Kod promo sah sehingga 16 Mac 2017, 12pm sahaja. Kod promo tidak boleh digunakan untuk sebarang promosi atau produk lain dalam Shopee. Penggunaan kod promo adalah sah dengan pembayaran melalui Shopee Guarantee sahaja. Penebusan kod promo adalah terhad. Terma & syarat dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Jadi tunggu apa lagi? Layari laman Shopee dan muat turun applikasi Shopee di Google Play Store dan Apple Store disini untuk membuat pembelian produk Korea kegemaran anda hari ini juga. Sila cepat sebelum tarikh promosi ini tamat. Annyeong hase yo!!!

Written by AbangNara | November 11th, 2016

Tarikh hari ini ialah 11.11 dan sudah tentu Abang Nara ada something yang SUPER SPECIAL untuk dikongsikan dengan anda. Sepanjang hari 11 November, Shopee 11.11 Sales akan berlangsung dengan pelbagai diskaun dan tawaran yang sangat awesome. Semua jenis produk ada termasuklah gadjet, produk kecantikan, barangan bayi dan macam-macam lagi. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:

shopee 11.11

shopee 11.11

Ada seratus sebelas (111) produk yang laku keras di Shopee akan dijual dengan diskaun sehingga 90% hanya pada 11 November 2016. Nak beli krim kecantikan kulit muka? Nak beli dumbell untuk toughkan lengan? Nak beli USB untuk simpan gambar? Semuanya ada dengan harga RUNTUH di TOP 111 hanya di Shopee. Shop di sini.

shopee 11.11

Untuk korang yang suka produk-produk berjenama seperti Casio, Miss Hana, Etude House, Nike dan Adidas, inilah peluang untuk mendapatkan barangan kegemaran anda pada harga yang didiskaun sehingga 50%. Abang Nara ingat nak angkut kasut jogging Adidas sepasang. Harap-harap adalah nanti. Klik sini.

shopee 11

Selain itu ada Flash Sale. Yang ini Abang Nara paling suka sebab akan ada flash sale dengan diskaun sehingga 90% untuk produk Toys, Kids and Babies. Bolehlah Abang Nara beli stok lampin pakai buang banyak-banyak. Tak perlu risau kalau korang anak semua dah besar. Sebab ada kategori lain seperti Mobile & Gadjets, Women’s Fashion serta Health & Beauty yang akan turut sama di”flash sale”kan hanya pada hari ini. Cepat beli di sini.

shopee 11.11

Tak tahu nak beli apa bersempena Shopee 11.11 Sales? Tak payah risau sebab ada kategori “All Time Favourites” untuk korang lihat sendiri produk yang paling disukai ramai di Shopee. Jangan risau diskaun tetap ada. Bolehlah korang cari ilham nak beli apa dengan melihat apa yang tengah femes sekarang ini. Beli tetap kena beli sebab time camnie lah kita nak jimat kaw-kaw punya. Tak gitu? Klik sini untuk tak lepaskan peluang setahun sekali ini.

Nasihat Abang Nara, gunakanlah peluang Shopee 11.11 Sales ini sepenuhnya untuk membeli-belah dengan penjimatan yang sangat banyak. Setahun sekali je boleh dapat harga yang super duper murah macam ini. Selain itu dapat penghantaran percuma kalau korang beli barang-barang dengan nilai minima RM25 dari setiap kedai. Nak shopping klik sini https://goo.gl/57r7tD atau muat turun Shopee di sini https://goo.gl/J1vVhF

#ShopeeMY11