Written by Bella | September 24th, 2018

Nama Sharnaaz Ahmad dahulunya bukan sahaja dikenali sebagai seorang aktor yang mempunyai aura tersendiri tetapi beliau juga seorang yang lantang dalam memberikan pendapat tentang sesuatu perkara. Setiap apa yang beliau katakan pasti penuh dengan ayat ‘makan dalam’ dan berbisa.

Malah, Sharnaaz juga sinonim dengan sifat panas baran dan mudah melenting kalau diusik.  Walaubagaimanapun, segala sifat itu sudah semakin berkurangan.

Sharnaaz kini lebih tenang dan mengakui kehadiran cahaya mata tercinta, Jebat Jayden membuatkan beliau ingin berubah.

Saya selalu cakap besar. Asal ‘sedap’ mulut kita saja, saya akan lontarkan pandangan saya. Tak kiralah orang nak setuju atau tidak, itu belakang cerita. Orang nak suka saya atau tidak sekalipun, tak pernah sedikit pun saya peduli. Yang penting saya puas hati.

Entahlah, tiba-tiba darah yang mudah menggelegak ini dah tak macam dulu lagi. Saya jadi lebih bertenang sekarang, mungkin disebabkan faktor usia kot. Saya dah masuk usia 33 pada tahun ini. Lagipun sudah ada anak, elok sangatlah kalau saya berubah.

Biasalah waktu muda memang api dalam badan ini meluap-luap kan? Apa yang penting, Sharnaaz tidak mahu terus begitu dan mahu berubah ke arah yang lebih baik bukan sahaja untuk keluarga tercinta tetap diri sendiri juga. Baguslah begitu.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | August 3rd, 2016

Pelakon Sharnaaz Ahmad memang lantang dalam bersuara sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai seorang lelaki yang panas baran.

Sudah biasa dikecam dan menerima komen negatif, Sharnaaz sudah tidak mahu ambil peduli dengan pandangan serta percakapan orang ramai.

Jelas Sharnaaz, sikap panas barannya itu bersebab dan hanya mereka yang betul-betul mengenalinya akan tahu bagaimana hati budi beliau.

Bagi saya, biarlah apa sahaja orang mahu bercakap tentang diri saya. Hanya mereka yang betul-betul mengenali saya, akan tahu bagaimana hati budi saya.

Sikap (panas baran) saya jadi begitu hanya kerana mahu melindungi orang yang tersayang di sekeliling saya.

Tambah Sharnaaz, beliau mewarisi sikap panas barannya itu daripada datuk, ayah serta abangnya. Namun, Sharnaaz sebenarnya sentiasa mendidik diri dan berusaha untuk menjadi lelaki yang lebih sabar dan tidak mudah melenting.

Panas baran ini ada tahap-tahap tertentu, ada yang mudah marah setiap waktu dan ada yang akan marah apabila menerima pelbagai provokasi. Walaubagaimanapun, lebih baik untuk terus bersabar dan tidak mudah marah kerana kemarahan itu ibarat api yang boleh memusnahkan segalanya.

Sumber Berita : Sinar Harian

Written by Bella | August 7th, 2015

Sebut sahaja nama Sharnaaz Ahmad pasti ramai yang akan mengatakan beliau terkenal dengan sifat panas baran dan mempunyai imej jahat selain terkenal dengan kelantangan beliau dalam menyuarakan sesuatu perkara.

Namun, menerusi satu kenyataan di BH PLUS Sharnaaz mengakui beliau mahu berubah ke arah yang lebih baik secara perlahan-lahan.

Jujur cakap apabila umur meningkat, ..orang kata meningkat di hujung angka 30-an atau ‘remaja akhir’, pemikiran kita jadi matang. Cara kita menerima keadaan dan menguruskan sesuatu itu berbeza. Ia ada peralihan normal dalam fasa hidup manusia.

Ia terjadi tanpa dikawal atau boleh dicakap itu dan ini. Saya percaya semua orang di dunia ini mahu jadi lebih baik. Sebelum ini mungkin saya tidak boleh tahan atau paksa amarah itu jadi tenang. Memang tak nafikan sebelum ini, saya jenis yang cepat panas baran. Hal ini bersangkut paut soal umur. Darah mudalah katakan.

Beberapa kali gagal dalam percintaan, ia sama sekali tidak membuatkan Sharnaaz melupakan hasrat beliau untuk mendirikan rumah tangga dan percaya jodoh untuk dirinya tetap ada. Buat Sharnaaz, apa yang penting ialah wanita yang bakal menjadi isterinya nanti mempunyai akhlak yang baik, menghormati keluarga beliau dan boleh menjaga beliau dengan baik.

Saya tak kisah siapa wanita itu. Yang penting dia baik dan menghormati keluarga saya. Dia juga boleh menjaga saya seperti ibu bapa saya menjaga saya.

Baguslah kalau abang sado kita ni nak berubah ke arah yang lebih baik dan kurangkan sifat panas baran tu. Lepas ini, tak ada lah lagi orang pandang negatif dekat Sharnaaz kan? Soal jodoh pula, kami yakin satu hari nanti akan ada wanita yang betul-betul sesuai dengan anda dan boleh menerima anda seadanya.

Orang kata, selepas kahwin mungkin juga seorang isteri boleh melembutkan hati suami. Siapa tahu daripada imej budak jahat terus jadi seorang penyayang dan romantik? Heh

Sumber Berita: BH PLUS

Written by Bella | June 2nd, 2015

Tidak hipokrit dan sering meluahkan pendapatnya dengan tegas dalam beberapa kenyataan sebelum ini, telah membuatkan Sharnaaz Ahmad sering terpalit dengan kontroversi dan komen negatif daripada beberapa pihak.

Enggan lagi menghadapi situasi  berikut dan membuatkan orang ramai menyalah tafsir niatnya, Sharnaaz akan lebih berhati-hati dalam membuat apa sahaja kenyataan pada masa hadapan.

Betul juga, boleh dikatakan kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh saya menjadi kontroversi. Mungkin saya perlu ‘tone down’ sedikit ketika bercakap. Saya tidak rasa kenyataan saya sering dimanipulasi oleh sesetengah pihak kerana memang saya sendiri yang mengeluarkan kenyataan itu.

Bagi mengelakkan kekeliruan saya rasa lebih baik peminat terus ke Instagram milik saya kerana mereka boleh terus membaca kenyataan saya, sekali gus mengelakkan salah faham.

Kerap mengkritik lakonan orang lain, Sharnaaz akui berdebar untuk melihat hasil lakonannya didalam filem Darah Panas yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu.

Tidak dinafikan saya berdebar untuk menonton mutu lakonan saya tiga tahun lalu. Saya sering mengkritik lakonan orang lain, kini tiba giliran saya pula. Saya sendiri akan mengkritik lakonan saya bagi menghasilkan yang terbaik untuk peminat. Ia juga menjadi rujukan kepada saya bagi memperbaiki diri saya berbanding tiga tahun lalu.

Sharnaaz memegang watak sebagai Adi iaitu pengedar dadah dalam filem Darah Panas yang bakal berada di pawagam 4 Jun ini. Filem itu turut membariskan pelakon hebat seperti Fathia Latiff, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznah Hamid.

Sumber Berita: Berita Harian