January 9th, 2017

Sedang hamil lima bulan dan dijangka bakal melahirkan anak sulungnya sekitar bulan Mei nanti, pelakon Sharifah Sakinah merasa syukur kerana beliau diberikan peluang untuk hamil sekali lagi selepas mengalami keguguran selepas mengerjakan ibadah umrah sebelum ini.

Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat rezeki hamil lagi. Keguguran tahun lalu tak memberi apa-apa tekanan.  Saya anggap ketika itu, tak ada rezeki. Saya lalui kehidupan seperti biasa.

Cuma tak sangka, sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada Februari tahun lalu, saya dan kakak, Sharifah Shahirah sama-sama hamil.

Lebih menggembirakan lagi, beliau dan suami Aliff Adha dikatakan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Suami saya bukan kepalang seronok kerana memang nak anak perempuan. Apatah lagi, dia tidak ada beradik perempuan.  Bakal anak saya ini akan menjadi cucu pertama untuk keluarga suami. Sebelah saya pula, ini cucu yang ke-17.

Alhamdullillah dan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami yang bakal menimang cahaya mata perempuan yang diidamkan tidak lama lagi. Kami doakan agar segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

December 14th, 2016

Khabar angin yang mengatakan pelakon Sharifah Sakinah sedang hamil nampaknya benar apabila Sakinah sendiri sebentar tadi memuat naik foto yang menampakkan “baby bump” beliau ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan beliau.

Walauabagaimanapun, Sakinah tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai kehamilannya itu. Peminat yang melihat foto berkenaan rata-rata merasa teruja dan mengucapkan tahniah buat Sakinah.

Selama ini berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi  satu muat naik di Instagram.

Untuk makluman anda, Sakinah pernah mengalami keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Alhamdullillah, nampaknya perut Sakinah agak besar juga. Sudah berapa bulan agaknya beliau hamil ya? Apa-apa pun, kami mendoakan segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

November 28th, 2016

Selama ini berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi muat naik di Instagram baru-baru ini.

Terbaru, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya.

Sebenarnya hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui tentang berita gembira tersebut kerana Sakinah masih berahsia mengenainya. Khabarnya Sakinah kini lebih banyak berehat dirumah demi menjaga kandungannya itu.

Sebelum ini Sakinah pernah keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya. Pada waktu itu Sakinah tidak mengetahui bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang .

Jika berita kali ini benar, kami mengucapkan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami. Semoga ibu dan kandungan berada didalam keadaan baik-baik sahaja. Kita nantikan tuan empunya badan mengumumkan berita gembira ini nanti.

Sumber Berita : Utusan Online