September 25th, 2014

Ya seorang lelaki kena ada perangai gila-gila barulah best dan tak membosankan. Kalau skema sangat, boring jugak kan? Perangai gila-gila Sharnaaz nampaknya menjadi tarikan buat Sharifah Anis Al Idrus untuk lebih mengenali pelakon ini dengan rapat. Baguslah tue. Abang Nara tengok diorang dua memang ‘matching’ pun. Sorang hensem sorang cun. Muka pun lebih kurang sama.
anis sharnaazLagi best ialah apabila Anis Al Idrus enggan memikirkan mengenai masa lampau Sharnaaz Ahmad. Apa yang dah terjadi, biarlah terjadi. Fokus pada masa kini. Satu pemikiran yang harus ada pada semua orang. Kata Anis Al Idrus:-

Bagi saya, segala kontroversi dan apa juga isu yang mengaitkan dirinya, itu dia punya cerita lalu. Apa yang berlaku sekarang, sekarang lah. Saya tak judge dia daripada perhubungan juga kisah-kisah kontroversi dia yang lepas.

Kami sedang berkenalan. Sharnaaz ni senang di dekati. Saya tak suka sangat lelaki yang terlalu serius. Sharnaaz, dia seorang yang giler-giler. Tentang ada yag kata di seorang yang panas baran, sebenarnya dakwaan itu tak betul. Dia bukan macam tu. Keluarga saya pun menyenangi Sharnaaz.

Saya masih muda dan belum masanya untuk saya memikirkan soal kahwin. Biarlah saya fokus terhadap kerjaya peragaan saya dulu.

anis dan sharnaaz

Mula-mula ini kawanlah dulu, kenal hati budi dengan lebih rapat. Kalau ada rasa kesesuaian, bolehlah terus ke ‘next step’. Sama-samalah kita doakan mereka berdua ada jodoh. Seronok Abang Nara tengok mereka berdua. Memang sama padan. Sumber MalaysianDigest.

September 24th, 2014

Pergh~~~ Hebat-hebat nama pelakon yang membintangi filem Dollah Superstar ini. Pelakon utamanya tak lain tak bukan ialah Awie dengan dibantu oleh Sharnaaz Ahmad, Fizz Fairuz, Neelofa, Aziz M. Osman dan juga Lan Pet Pet. Bakal memulakan tayangan pada 2 Oktober ini, filem Dollah Superstar ada tarikannya tersendiri lebih-lebih lagi dengan kehadiran Awie yang mutu lakonannya tidak perlu dipertikaikan lagi.

dollah superstar

Filem Dollah Superstar mengisahkan Dollah (lakonan Awie) sering berangan menjadi pelakon terkenal walaupun dirinya hanyalah seorang gengster veteran. Akhirnya impian Dollah tercapai apabila seorang pelakon popular bernama Shah Dazzle meminta dirinya menjadi mentor dalam sebuah filem aksi. Namun, lokasi penggambaran filem tersebut mula menjadi kelam-kabut dengan kehadiran Dollah. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Kenalah tengok filem yang pastinya menggeletek jiwa raga anda ini.

dollah superstar

Selain kehadiran para pelakon filem Dollah Superstar semalam di The Curve, turut mencuri perhatian ialah kehadiran ‘teman tapi mesra’ Sharnaaz Ahmad iaitu Sharifah Anis Al Idrus. Memang cantik orangnya. Sedap mata memandang. Secara jujur, mereka berdua bak pinang dibelah dua. Semoga hubungan ini akan berkekalan ke jinjang pelamin.

dollah superstar

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Dollah Superstar di pawagam pada 2 Oktober ini. Lagi beberapa gambar sekitar tayangan perdana filem ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

P.S: Berat badan dipamerkan apabila anda duduk di kerusi awam

dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar
dollah superstar

September 17th, 2014

Berita kurang baik buat para gadis di luar sana yang menaruh hati pada Sharnaaz Ahmad. Hati pelakon kacak ini nampaknya sudah tertambat kepada seseorang. Gadis bertuah itu ialah Sharifah Anis Al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Anis Al-Idrus. Selain daripada berlakon, Anis juga dikenali di kalangan hijabsters kerana gaya tudungnya yang menarik.
sharnaaz ahmadDesas-desus percintaan mereka telah mula bertiup pada Ramadhan lalu apabila Sharnaaz dan Anis kedua-duanya berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika itu Sharnaaz enggan mengulas mengenai status mereka, namun kali ini, Sharnaaz mengakui yang dirinya dan Anis semakin rapat. Kata Sharnaaz:-

Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab.

Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila ‘berkomplot’ membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya

anis al idrus sharnaaz

Ehem, ehem. Kalau kelaurga pun dah suka, jangan tunggu lama-lama. Kalau memang hati sudah berkenan, elok benarlah masuk meminang. Nanti lama-lama kang dikebas orang. Anis nie cantik orangnya. Pasti menjadi buruan ramai. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Sharifah Anis Al-Idrus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Mstar Online.
anis al idrus sharnaazP.S: There is a sweet elegance in all confidence. Wear your confidence today. Wear Saraya Zahret. Flattering Skirts, Fashionable Tops & Fabulous Hijab. Like Facebook Saraya Zahret and follow Instagram Saraya Zahret for more awesome stuff.

anis al idrus sharnaaz
anis al idrus sharnaaz
anis al idrus sharnaaz
anis al idrus sharnaaz