Written by Bella | September 13th, 2016

Sejak Erra Fazira mula memuat naik foto Shahir dan memberikan ucapan agak bermakna buat lelaki itu sempena hari jadinya, ramai yang mula berbicara semula mengenai hubungan mereka berdua.

Ramai sebenarnya yang berharap agar kedua-duanya dapat bersatu sebagai pasangan suami dan isteri.

Buat Shahir, beliau menyerahkan soal jodoh dan rumah tangga bersama Erra  kepada Allah SWT.

Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.  Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya.

Tambah Shahir, beliau pasti akan mengumumkan berita gembira tersebut dengan orang ramai andai beliau mempunyai jodoh dengan Erra.

Shahir mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Insya-Allah.

Berkat doa anda semua, siapa tahu mungkin hubungan Shahir dan Erra bakal berakhir dengan satu ikatan yang sah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | July 1st, 2016

Sejak mengakui beliau sedang bercinta dengan Shahir AF8, peminat Erra Fazira ingin sekali tahu perkembangan terkini hubungan mereka berdua.

Adakah mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat ataupun bakal mengikat tali pertunangan seperti yang digembar-gemburkan.

Namun, Erra sekali lagi menegaskan mereka masih belum mempunyai sebarang rencana untuk ke fasa seterusnya.

Memang tiada perkembangan lanjut seperti diperkatakan. Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa saja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan.

Berbicara mengenai hubungan beliau dan Shahir, Erra menganggap mereka saling melengkapi kekurangan ataupun kekosongan dalam kehidupan masing-masing.

Percintaan mereka bukanlah satu perkara yang berlaku dalam masa yang singkat tetapi mempunyai tahap-tahap tersendiri.

Kami bukannya rapat dalam masa sebulan atau dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan seterusnya mencari keserasian.

Begitupun, menjadi lumrah apabila tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam perhubungan. Rintangan pastinya ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri.

Biarlah perlahan-lahan dalam bercinta sehingga kita betul-betul kenal hati budi  serta perangai masing-masing. Lepas itu, barulah fikir untuk melangkah ke fasa yang lebih serius. Tentu Erra tidak mahu lagi gagal lagi bukan selepas ini?

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | May 26th, 2014

Terkejut beruk juga apabila Abang Nara membaca desas-desus hubungan antara Shahir AF dan Erra Fazira yang dikeluarkan di BiPop semalam. Kalau tak silap Abang Nara, dulu Shahir pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan Rozita Che Wan. Mungkin “taste” Shahir lebih kepada wanita berumur. Tak salah kerana setiap orang mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Yang penting keserasian. Tak gitu?

shahir erra

Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Shahir dan Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Ditemui oleh portal Murai, Shahir mengakui sedang mengenali Erra Fazira. Kata Shahir:-

Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut

shahir erra

Sementara itu Erra Fazira pula enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus ini dan mengambil langkah berdiam diri. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Kadangkala bukan betul pun khabar angin sebegini. Cuma mungkin ada pihak yang mahu meng”kenen”kan Shahir dan Erra. Siapa tahu menjadi pulak. Apa pendapat anda? Sesuai ke Erra dan Shahir?

P.S: Luahan hati seorang peminat coklat Cadbury kacang hazel