Written by AbangNara | August 7th, 2012

Dengar tajuk filem ini pun dah buat Abang Nara rasa seriau. Mana taknya, tajuk filem terbaru Metrowealth ini ialah “Seram Sejuk”. Terus teringat kenangan Abang Nara semasa belajar kat asrama. Banyak kenangan cerita-cerita hantu yang menimbulkan rasa seram sejuk dan bulu roma terangkat. Takut gila babe!!!

filem seram sejuk

Walaubagaimanapun filem Seram Sejuk ini bukan cerita pasal hantu di asrama. Namun mengisahkan tentang Landy (Zul Suphian) seorang penyanyi yang kurang dikenali kerana trademarknya yang memakai topeng. Pada suatu hari, Landy bertemu Joni Togo, seorang dukun untuk meminta ubat yang akan menjadikannya terkenal dan mencadangkan agar Landy ke Pejabat Kirrapekezz, syarikat produksi kepunyaan Che Mey (Sabri Yunus) untuk menghasilkan video klip. Setelah berbincang bersama Che Mey, Ros (Wawa Zainal) dan Alam (Eddy Afro), mereka telah bersepakat untuk melakukan penggambaran di sebuah hutan dara.

wawa zainal

Di sana, Landy, Syakir (Angah Raja Lawak) dan Che Mey berusaha menambat hati Ros dengan menjaganya sebaik mungkin. Tiba-tiba Syakir ternampak seorang budak kecil dan seorang perempuan tua berhampiran jeram. Syakir mengekori mereka tetapi tidak berjaya kerana mereka hilang dengan tiba-tiba. Semasa Syakir hendak mambasuh muka di tepi sungai, dia terlihat ada seutas kalung berbatu nilam di dasar sungai itu. Tanpa berfikir panjang dia telah mengambil kalung itu lalu disimpan.

angah raja lawka

Tanpa disedari Syakir, kalung itu adalah hak milik Mawar (Fyza Kader), seorang wanita yang telah di bunuh 100 tahun dulu bersama suaminya, Aduka. Sebelum mati Mawar bersumpah selagi dia tidak dapat berjumpa kalung tersebut, dia tidak akan di terima bumi. Berjayakah Landy untuk menjadi terkenal? Siapakah yang dapat menambat hati Ros? Apakah yang terjadi kepada mereka dalam misi Mawar untuk mendapatkan kalung itu semula? Semuanya akan terjawab dalam filem Seram Sejuk.
filem seram sejuk
Menarik kan? Tambah menarik sebab korang boleh menang hadiah-hadiah yang awesome seperti iPod, Sony Walkman dan hadiah ekslusif daripada Metrowealth dengan menyertai peraduan Seram Sejuk. Takkan taknak beraya dengan iPod baru kot? Sila ke Facebook David Teo untuk menyertai pertandingan ini.