July 25th, 2016

Baru-baru ini, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mengadakan sambutan hari jadi yang ke 2 buat anak mereka Lara Alana.

Majlis dengan tema Hello Kitty dan Princess itu berlangsung dengan cukup meriah sekali di Little Kingdom, Parkson Maju Junction Shopping Mall.

Beberapa rakan artis seperti Neelofa dan Fouziah Ghous bersama suami serta anaknya Muhammad Zeeshan turut hadir pada majlis berkenaan selain keluarga,teman rapat dan saudara-mara.

Dalam meyambut kemeriahan majlis Lara, Awal dan Scha juga memberitahu buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang rancangan untuk menambah cahaya mata.

Buat Awal, beliau merasakan Lara tidak sedia untuk menerima adik dan masih lagi manja bersama mereka.

Belum ada lagi perancangan dalam masa terdekag kerana Lara belum bersedia untuk ada adik, dia masih perlukan kasih sayang. Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk Jika dia ada adik dalam masa terdekat sudah tentu kasih sayang kami akan terbahagi, bagaimana perasaan dia pula yang masih kecil itu.

Saya rasa masa bersama dengan dia sangat singkat dan banyak perkara yang saya terlepas sehingga kadang-kadang saya cemburu jika dia belajar sesuatu perkara baru dengan orang lain. Sepatutnya pada usia ini kami ada disisi sentiasa, sebab itu saya kata bagi masa dia besar sikit untuk ada adik lain.

Rezeki untuk mendapat cahaya mata itu segalanya bergantung kepada ketentuan takdir juga. Kadang-kadang kita hanya mampu merancang. Hehe..

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Lara Alana dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto: prettypeektures