May 19th, 2016

Sebelum ini, segmen prank Era FM iaitu Sate yang dikendalikan oleh Shahrul Shiro, Tauke Raja Lawak dan Dina Nadzir pernah dikecam kerana hampir menyebabkan satu pasangan suami isteri bergaduh kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti.

Namun malam semalam, seorang pengguna Twitter yang meggunakan tweethandle @okedkama telah mengkritik satu lagi prank yang dibuat oleh Tauke Raja Lawak dan Dina Nadzir, juga dianggapnya keterlaluan.

 photo CivY3hQU4AAkJFH.jpg

Gambar: Twitter @nuyulhuda


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 photo CivY3hGUoAI6oDe.jpg

Gambar: Twitter @nuyulhuda

 photo CivY3hHVAAA8d_e.jpg

Gambar: Twitter @nuyulhuda

Kritikan yang dibuat oleh @okedkama mendapat ratusan retweets, dah telah sampai ke pengetahuan Tauke yang juga agak aktif di Twitter. Tauke kemudiannya mempersoalkan perkataan yang digunakan oleh @okedkama dan meminta beliau duduk di tempatnya untuk faham.

Reaksi Tauke masih mendapat kritikan Netizen, bagaimanapun Tauke kemudiannya memuatnaik perbualan Whatsapp dengan ‘mangsa’ beliau pagi tadi. Dakwanya, ia bukan satu bentuk penganiayaan terhadap mangsa.
 photo CixHRXVVAAATgs-.jpg
Isi yang cuba disampaikan oleh netizen ialah jika mahu buat prank, sepatutnya bukan dengan memberi harapan kemudian mengecewakan orang lain. Apa yang diperkatakan oleh Netizen ada benarnya.


Hingga kini, Tauke masih menerima kritikan dan kecaman di Twitter, termasuk dari mereka yang menganggap program Sate tidak berfaedah dan hambar. Ada juga yang berendapat Tauke tidak perlu mempersoalkan kerja @okedkama kerana kerjanya di Era FM hanya sekadar membuat prank sahaja.

Apa pendapat anda?