July 19th, 2013

Setelah enggan membongkarkan punca penceraiannya selama ini, hari ini menerusi Kosmo, Sasha Saidin akhirnya berkongsi permasalah utama yang melanda perkahwinannya dengan Salyo. Untuk makluman, mereka berdua telah pun bercerai talak satu pada 10 Julai 2012.

sasha saidin

Rupa-rupanya punca utama perpisahan mereka ialah masalah kesempitan duit. Malah sehingga ke hari ini, bekas suami Sasha kadang kala tidak memberikan nafkah. Kata Sasha:-

Punca utamanya adalah disebabkan masalah kesempitan duit, malah kami juga sering berjauhan. Dia berada di Indonesia manakala saya di Malaysia. Pada mulanya saya rasa risau hidup sebagai ibu tunggal tetapi alhamdulillah, kini okey. Walaupun kadang-kadang bekas suami bagi nafkah, kadang-kadang tidak, saya masih boleh hidup dan tidak menghadapi masalah kewangan.

sasha saidin

Menariknya, Sasha masih ingin mahu berkahwin sekali lagi kerana mengimpikan anak perempuan. Namun begitu, salah satu syarat bakal suaminya ialah mesti mempunyai kewangan yang stabil.

Ada juga terfikir, malah kawan-kawan baik semua suruh saya cari orang kaya atau jadi isteri kedua kepada orang kaya dan sebagainya. Sebenarnya berkahwin dengan orang kaya itu tidak menjamin kehidupan yang sempurna.

Lagipun, saya tidak boleh berkongsi suami dengan orang lain. Jika duda saya tidak kisah. Saya juga pernah diminati lelaki semuda Zain (29 tahun) tetapi saya cakap pada mereka, mana mungkin saya terima lelaki sebaya adik saya.

Kalau ditakdirkan berkahwin sekali lagi, saya mahukan lelaki yang boleh membimbing saya – bukannya saya yang membimbing mereka pula. Kalau boleh dia juga harus stabil dari segi kewangan.

Sebenarnya menurut satu kajian yang Abang Nara baca, 50% pasangan suami isteri Islam bercerai dalam tempoh masa 3 tahun yang pertama. Salah satu puncanya ialah kesempitan wang. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat di Malaysia, sememangnya suami isteri harus lebih bekerjasama dan bersikap tolak ansur terutama daripada segi kewangan. Apap pendapat anda?

P.S: Tempahan Proton Saga SV melebihi 12,000 unit.

Advertisement
July 10th, 2012

Berita kurang gembira untuk dunia hiburan hari ini apabila Sasha Saidin atau lebih dikenali dengan nama Sasha Elite telah pun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya pada jam 2.55 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

sasha elite cerai

Semasa lafaz cerai diucapkan, Sasha dan Salyo dilihat mengalirkan air mata. Pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Salyo telah diperintahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 sebulan kepada Sasha. Yang penting Salyo turut bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada anak mereka berdua.

sasha

Abang Nara ucapkan takziah kepada kedua-kedua pasangan ini yang telah memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian masalah mereka. Mungkin itu sahaja caranya yang tinggal. Apa pun, Abang Nara doakan agar kebahagiaan bakal menjadi milik mereka juga suatu hari nanti. Kredit info Mstar Online.

Advertisement
June 27th, 2012

Semalam, Sasha Saidin telah dilihat mengambil borang penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Bagaimanapun Sasha yang ditemani oleh ibunya enggan memberi sebarang komen mengenai kehadirannya di situ kira-kira jam 10 pagi. Menurut Sasha, perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan.

sasha saidin cerai

Berikut ialah kata-kata Sasha Saidin kepada wartawan Mstar Online:-

Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan.

Abang Nara doakan agar kehadiran Sasha ke mahkamah tersebut tidak melibatkan permohonan penceraian dengan suaminya, Salyo Priyanto. Untuk makluman, Sasha dan Salyo telah pun berkahwin pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 3 tahun. Diharap Sasha dapat menyelesaikan masalah peribadinya secepat mungkin dan terus menjalani kehidupan bahagia di samping suami dan anak tercinta.

Advertisement