Written by Bella | April 27th, 2017

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan beberapa berita tentang artis yang membuka tudungnya, antara yang menjadi perhatian ramai adalah Uqasha Senrose dan terbaru isu Sara Ali pula membuka tudungnya.

Berbicara mengenai isu ini, pelakon Yatt Hamzah menasihati agar artis-artis wanita yang baru sahaja berhijab memilih kawan yang dapat membantu mereka agar terus beristiqamah dan mencari guru yang mampu membimbing mereka ke arah lebih baik. Ini kerana, pelabgai dugaan dan cabaran akan menimpa pada saat awal mereka ingin menutup aurat.

Saya tidak layak untuk bercakap soal keputusan mereka kembali ke imej asal kerana saya percaya mereka ada sebab tersendiri.  Namun, apa yang saya boleh cakap agar mereka mencari kawan yang boleh membantu mereka untuk terus istiqamah. Selain itu, mereka juga perlu mencari guru untuk membimbing menjadi lebih baik.

Satu ketika dahulu, Yatt juga pernah melalui pelbagai pengalaman saat membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Didalam dunia hiburan, memang agak sukar untuk menempuh setiap ujian yang mendatang.

Saya melalui apa yang mereka rasa sekarang, bukan senang berhadapan dengan ujian itu kerana bidang lakonan sebagai punca pendapatan utama. Saya akui pada awal penghijrahan ada produksi yang minta buka tudung dan rezeki dalam bidang itu juga berkurangan. Tapi kita kena ingat rezeki daripada Allah.  Saya yakin banyak cara lain untuk kita mencari rezeki selepas berhijab.

Dalam pada itu, Yatt meminta agar netizen tidak mudah untuk terus menghentam  ataupun artis yang membuka tudung kerana kita tidak mengetahui apakah yang mereka lalui sebelum ini. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 24th, 2017

Tindakan pelakon Sara Ali yang membuka tudungnya hanya selepas sepuluh bulan menutup aurat mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen. Semuanya kerana pengakuan Sara yang mengatakan beliau berhijab sebelum ini atas paksaan.

Agak teruk juga komen yang beliau terima sehingga ada yang menuduh beliau adalah sebahagian daripada ahli iluminati.  Namun, Sara menegaskan beliau tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Saya enggan hidup berpura-pura lagi, sebab itu saya buat pendedahan sendiri. Macam yang saya cakap, saya nak jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung. Saya terima dengan dada yang terbuka apabila teruk dihentam kerana tahu kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Apa yang penting, saya tidak menunggang agama untuk kepentingan diri. Isu pemakaian tudung dan buka tudung ini dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Sara berharap isu hangat ini akan segera berlalu kerana beliau tidak mahu mengenangkan lagi apa yang berlaku dan ingin terus memandang ke depan.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Written by Bella | April 11th, 2017

Susulan tersebarnya foto beliau tidak memakai tudung ketika bercuti di China baru-baru ini, pelakon Sara Ali akhirnya tampil mengakui bahawa beliau sudah buka tudung dan menjelaskan beliau mengambil keputusan berkenaan kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit.

Dalam penjelasan khas yang dibuat menerusi FB Live itu, Sara memberitahu tindakan beliau yang menutup aurat sejak tahun lalu bukanlah atas kerelaan ataupun keihklasan hatinya sendiri. Namun, beliau memaksa dirinya untuk berubah kerana individu dan sebab tertentu.

Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir dan tidak mahu menyembunyikan hal ini. Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan.

 

Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini? Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan).

Sara juga memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan berita ini dan beliau juga sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kritikan ataupun kecaman daripada masyarakat.

Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya buat (berhijab) sesuatu atas sebab sesuatu. Saya meminta maaf sebab tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.

Ermm, mungkin ramai yang kecewa dengan Sara kerana sebelum ini beliau memberitahu sudah mendapat hidayah Allah SWT untuk menutup aurat tanpa sebarang paksaan. Walaubagaimanapun, perkara yang terjadi tidak mungkin boleh di ubah kembali. Janganlanh terlalu mengecam Sara dan berdoa agar satu hari nanti pintu hati Sara akan terbuka dengan ikhlas untuk kembali menutup aurat dan supaya perubahannya itu kekal.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Video : FB Sara Ali

Written by Bella | April 4th, 2017

Sekitar tahun lepas, kita mendengar khabar yang agak baik dimana pelakon Sara Ali mengakui beliau sudah berhijab sepenuhnya tanpa paksaan mana-mana pihak dan bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menutup aurat.

Namun, hari ini kami agak terkejut adakah mungkin Sara bakal mengikuti jejak langkah Uqasha Senrose yang membuka tudungnya, selepas foto Sara tidak bertudung viral di internet selepas dimuat naik oleh seorang lelaki menerusi akaun Instagramnya . Khabarnya, foto itu diambil ketika beliau bercuti  di Shanghai, China baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Sara tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.

Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham.

Erm, sekarang ini pelbagai persoalan yang bermain di minda peminat dan netizen. Harapnya Sara satu hari nanti dapat tampil menjelaskan perkara sebenar agar tiada spekulasi liar yang tercetus.Wallahualam..

Sumber Berita : BH ONLINE