Pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik, Nur Sajat dan Datuk Seri Aliff Syukri yang mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video yang di muat naik di Instagram.
Menerusi video tersebut, Sajat ditanya Aliff siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Sajat pula menjawab mengapa pula dia diberikan watak-watak keji, langsung tidak sesuai dengan paras rupanya yang cantik persis seorang model.
Wan Maimunah sedih nama
dipermainkan, dianggap keji
Netizen kecam Sajat dan Aliff, tidak
perlu persendakan pelakon legenda
Video itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata meminta agar Sajat dan Aliff tidak mempersenda pelakon- pelakon legenda tanah air. Jangan rasa diri terlalu hebat hanya kerana mereka berharta.
Semakin menjadi-jadi nampaknya usahawan kosmetik, Nur Sajat. Meskipun sering terpalit dengan kontroversi, “popularitinya” terus meningkat.
Terbaru, Sajat mendapat tawaran berlakon daripada SKOP Production untuk membintangi siri KL Gangster Underworld musim kedua yang akan ditayangkan di iflix nanti.
Difahamkan, Sajat akan berlakon dalam satu babak di Brothel iaitu rumah pelacuran.
Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka terkesima dan ada yang teruja untuk melihat lakonan Sajat. Namun, ada juga sudah boleh agak tentang watak yang bakal Sajat lakonkan. Mungkinkah dia akan jadi “mak ayam” ataupun isteri kepada ketua gangster?
Bukan senang hendak dapat tawaran daripada produksi besar, agak-agaknya watak apa lah yang akan diberikan kepada Sajat?
Sebut sahaja nama Nur Sajat, pastinya ramai yang kenal dengan usahawan kosmetik ini. Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, Sajat tidak pernah peduli dengan komen negatif dan terus berusaha untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
Berkat usaha perniagaan produk bengkung selama tiga tahun, Sajat menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur dia kini sudah berjaya memiliki tanah sendiri seluas tiga ekar. Difahamkan, kedudukan tanah itu terletak berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Melaka.
Sajat turut meyatakan hasratnya untuk membina masjid dan beberapa perumahan di situ. Bukan itu sahaja, dia juga ingin memberikan rumah sebagai hadiah ganjaran kepada pekerjanya.
Niat murni Sajat itu mendapat sokongan dan pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Apa yang dilakukan Sajat tidak dinafikan satu perkara yang baik, namun ada yang berharap agar satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka untuk berubah kembali ke fitrah asalnya.
Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, Sajat mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd Rahman.
Difahamkan, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos tahun lalu dan merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.
Ketika serbuan dilakukan, Sajat tidak ada di premis berkenaan. Antara produk yang dirampas termasuklah pemutih kulit dan beberapa produk kecantikan lain.
Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 dan ia satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.
Sajat didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.
Pegawai pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius.
Peguam bela Nur Sajat memohon wang jaminan sebanyak RM1,500 dengan alasan anak guamnya itu tidak pernah ingkar arahan mahkamah tetapi pihak mahkamah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 23 jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.