February 8th, 2020

Mengikut perancangan, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Februari selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

sajat umrah
Namun, menerusi laporan terbaru di Harian Metro, Sajat bersama keluarganya dan rakan mutawwif sudah pulang ke tanah air sehari lebih awal iaitu pada pagi Khamis lalu. Sajat dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri dan selamat tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan Sajat juga tidak ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

sajat menangis cium kaabahTerdahulu, tindakan Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita mengundang kemarahan ramai. Apa yang dilakukan oleh Sajat telah mencemarkan tanah suci tempat umat Islam beribadah dah turut memberi imej buruk kepada agama dan negara.Susulan kontroversi itu, agensi pelancongan yang membawanya menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.

Sumber Berita : Harian Metro

February 7th, 2020

Nampaknya usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman masyarakat dan tetap tenang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci serta meneruskan kehidupannya seperti biasa.

sajat video cium kaabah

Masih lagi mengenakan jubah wanita dan bertudung, Sajat memuat naik video dia menangis dan mencium Kaabah di Insta Story. Dia juga memuat naik beberapa lagi foto dirinya mengenakan jubah dan turut berpurdah.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Sajat memohon keampunan Allah atas segala dosa yang dilakukannya sebelum ini.

 

 

sajat cium menangis kaabah

Bagaimanapun, dia menutup ruang komen di Instagram mungkin kerana tidak mahu terus menerima kecaman netizen.

sajat menangis cium kaabahTerdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.

February 6th, 2020

Walaupun mencetuskan kontroversi dan bertubi-tubi dikecam masyarakat kerana telah mencemarkan Tanah Suci apabila berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tetap tenang.

sajat umrah

Masih lagi berada di Makkah, Sajat menerusi posting terbaru di akaun Instagram sekali lagi berkongsi foto dia memakai pakaian wanita dan mengenakan purdah.

Menerusi ruangan kapsyen, dia menitip doa serta memohon keampunan daripada Allah SWT di atas salah dan silapnya selama ini.

sajat purdah

Terdahulu, enggan pelbagai persoalan terus timbul dan orang ramai terus keliru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.

Ia berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman. Jantina didaftarkan sebagai lelaki.  Malah, sehingga kini tiada dokumen perubatan rasmi yang membuktikan dia seorang wanita seperti sering didakwanya.

February 6th, 2020

Perbuatan tidak bertanggungjawab Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, berpakaian seperti seorang wanita di Tanah Suci bukan sahaja hangat di perkatakan di Malaysia tetapi turut mendapat perhatian pihak berkuasa Arab Saudi. Apa yang dilakukan oleh Sajat memberikan impak besar di masa hadapan,  jemaah dari Malaysia akan mempunyai masalah untuk menunaikan ibadah umrah.

sajat keluar mekah

Melihat apa yang berlaku kini, Pencetus Ummah Amin berpendapat Sajat harus membuat permohonan maaf secara terbuka. Tindakan itu penting bagi menjaga imej konsulat, rakyat dan jemaah Malaysia di Arab Saudi.

Katanya lagi, tindakan Sajat menceroboh masuk di kawasan solat wanita sememangnya tidak boleh diterima. Sudah melanggar undang-undang kerana Madinah dan Makkah merupakan tempat ibadah dan tempat suci.

pu amin mahu sajat mohon maafPada masa yang sama, PU Amin juga meminta Sajat dan kawan-kawannya mendedahkan jantina sebenar bagi mengelakkan salah faham atau mengundang fitnah. Jika benar seorang wanita tunjukkan bukti kepada umum.

Terdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.