January 16th, 2015

Selalu kalau bercerita mengenai rumahtangga selebriti, mesti bab-bab gaduh, cerai berai ataupun kewujudan orang ketiga. Jarang Abang Nara jumpa suami isteri saling memuji dan melahirkan rasa terharu dengan pasangan masing-masing. Kalau sebelum ini kata-kata semangat daripada Umie Aida kepada suaminya telah mendapat perhatian ramai, kali ini permohonan maaf yang dilakukan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan turut sama menyentuh perasaan Abang Nara.

umie aida

Seperti yang kita sedia maklum, unit ‘penthouse’ milik Datuk Khairuddin yang dihadiahkan kepada Umie Aida sempena perkahwinan mereka telah pun dilelong pada harga RM2.1 juta baru-baru ini. Pastinya perkara ini sedikit sebanyak menyedihkan mereka berdua. Namun Datuk Khairuddin telah pun membuat permohonan maaf dan kata-kata yang digunakan amat mengharukan. Kata beliau:-

Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.

Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan.

umie aida

Sebelum ini Umie telah memaklumkan yang dia akan sentiasa berada di belakang suaminya walau apa jua rintangan yang mendatang. Bagi Abang Nara, pasangan suami ini sangat sweet, tabah dan jelas memahami serta menghargai pengorbanan masing-masing. Semoga ia berkekalan sehingga bila-bila. Sama-samalah kita doakan. Amin. Sumber Astro Awani.
makeover

P.S: Waaah~~ Kagum Abang Nara melihat video bagaimana MisClaire menukar seorang wanita berbadan besar untuk tampil lebih jelita, yakin dan menawan. Terbuktilah yang setiap kaum Hawa boleh kelihatan menarik jika kena fesyennya. Nak dapat makeover seperti wanita di dalam video di atas? Layari laman web www.misclaire.com, LIKE Facebook MisClaire dan follow Instagram MisClaire untuk mengetahui tarikh makeover seterusnya. Anda mungkin akan menjadi pemenang bertuah yang seterusnya.

June 29th, 2010

surau umie aida

Ada pembaca yang kata kami nie tak suka keluarkan cerita baik-baik pasal artis Malaysia. Tapi kami rasa banyak ajer cerita kebaikan diorang yang kami keluarkan, cuma mungkin anda yang tak berminat dengan cerita-cerita baik nie. Maklumlah sifat manusia, benda baik senang dilupa, benda jahat jugak dikenang dan disebarkan macam kilat.

Terbaru Umie Aida di dalam Twitternya memaklumkan yang surau di dalam rumahnya hampir sudah siap. Terharu kami mendengar kata-kata Umie Aida yang mahu adakan tazkirah dan mengaji dengan kawan-kawan di dalam suraunya itu nanti. Kalau anda seorang artis dan merupakan kawan Umie Aida, jangan malu-malu pulak pergi rumah Umie Aida bila dia ajak nanti.

Siapa kata artis Malaysia hanya pentingkan keseronokan sahaja? Ada ramai sebenarnya yang baik-baik dan banyak membuat kebajikan tapi mungkin diorang nie low profile dan tak mahu gembar-gemburkan apa yang diorang buat. Kalau dah kecoh-kecoh nampak macam tak ikhlas pulak kan?

Cuma ada segelintir artis kita yang tak tahu malu untuk berkongsi gambar-gambar sosial diorang kat Facebook mereka sendiri. Lepas tue bila terkeluar kat blog-blog hiburan mulalah gelabah. Padahal salah sendiri sebab diorang yang upload benda tue. Kalau dah pandai buat jahat tue, pandai-pandailah simpan. Ini seolah-seolah berbangga dengan kejahatan yang dilakukan.

Tahniah kami ucapkan kepada Umie Aida yang nampaknya sudah semakin berubah selepas berkahwin. Semoga terus berkekalan begini hendaknya.

P.S: Kalau anda baik hati, bantu kami menangi iPad dengan mendaftar di link ini. Maklumat lanjut boleh baca kat sini. Thanks!!!