April 11th, 2012

Kisah pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Rita telah pun menerima SMS permohonan cerai daripada suaminya. Tambah menyedihkan, SMS tersebut diterima ketika Rita ketika hari jadinya yang ke 36.

rita rudaini cerai

Dalam SMS berkenaan Aidil menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.” Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka. Kata Rita:-

Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya

Semoga Rita tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini.

October 5th, 2010

ayu raudhah jahat

Wow. Nampaknya Rita Rudaini sudah bengang sama itu Ayu Raudhah. Tak sangka selama ini rupa-rupanya Ayu Raudhahlah orang ketiga yang menyebarkan fitnah tentang rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil. Mungkinkah Ayu Raudhah kecewa sebab hanya dapat Zakuan dan tak dapat Aidil? Itu kami tak tahu.

Petik sikit kata-kata dari Rita:-

[note]Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia.  Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama. [/note]

Tak sangka yang Ayu Raudhah berselindung di sebalik muka comelnya untuk menyebarkan fitnah menjatuhkan mahligai Aidil dan Rita Rudaini. Bak kata Rita, dia sendiri pun tak tahu kenapa Ayu Raudhah nak jeles dengan dia. Kalau Rita tak tahu, kami lagilah tak tahu. Sungguh misteri nusantara.

Tapi ada satu statement lagi menggegar dunia dari Rita Rudaini:-

[note]Suami dan rakan-rakan baik tahu apa yang berlaku. Tidak perlulah ungkit cerita lama. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya nak jelaskan – kalau kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan seperti itu, memang tidak sesuai dengan saya[/note]

Adakah kenyataan kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan ini merujuk kepada Zakuan? Kalau benar patutlah bola sepak negara kita tak maju-maju. Rupanya pemain bola kita asyik pergi berjoget kat disko je. Aduh ~~

Tapi Rita sempat sindir baik punya kepada Ayu:-

[note]Bagi saya, kalau nak buat fitnah cermin diri dulu. Dia baik sangat ke? Sebelum menjaga tepi kain orang, tengok kain sendiri yang sudah koyak rabak. Bukan orang industri tak tahu perangainya selama ini. Janganlah bersikap lebih sudu daripada kuah.[/note]

Memang nampaknya Rita tersangatlah bengang dengan Ayu sebab menyebarkan cerita yang bukan-bukan kepada wartawan. Nampak gayanya akan berlakulah pergaduhan antara mereka berdua. Kita tunggu apa kata Ayu Raudhah selepas ini. Confirm dia akan buat statement.

Dan nasihat kami kepada Ayu, janganlah canang satu Malaysia pasal pertunangan anda dengan Zakuan. Keluarga Zakuan tak datang merisik pun lagi. Kang tak jadi malu satu dunia. Ke risau si handsome Zakuan tue kena kebas?

Sumber berita dari Berita Harian.

P.S: Kalau ada sakit jantung confirm dah mati kena kejut camnie.

October 4th, 2010

rita aidil

Kesian sungguh apabila bergelar seorang selebriti. Sudahlah semua tingkah laku diperhatikan orang, ada pulak yang dengki dengan kebahagiaan yang dikecapi. Rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil yang sebenarnya ok cuba diporak perandakan oleh pihak ketiga. Mungkin ada yang jeles dengan kebahagiaan mereka berdua?

Kata Rita:-

[note]Saya mempersoalkan di sini apakah motif mereka berbuat demikian? Apakah tujuan mereka ingin menghancurkan kebahagiaan kami. Saya masih sayangkan Aidil dan rumah tangga kami.[/note]

Mungkin ada chikaro-chikaro di luar sana yang tak berpuasa hati Aidil menjadi milik Rita. Maklumlah Aidil tue hensem orangnya. Mungkin chikaro tersebut satu ketika dahulu adalah awek Aidil tapi bila Rita datang terus Aidil tinggalkan dia. Itu yang sekarang nie dia cuba untuk menghancurkan rumah tangga Rita dan Aidil.

Buat Rita dan Aidil, semoga tabah menghadapi cabaran hidup berumah tangga. Kalau nak buat apa-apa keputusan, fikirkanlah anak yang tersayang. All the best. Sumber dari Mstar.