Written by Bella | February 13th, 2017

Sejak mendirikan rumah tangga buat kali kedua, pelbagai gosip yang boleh kita dengan mengenai rumah tangga Adi Putra sehingga timbul berita kononnya beliau bakal bercerai dengan isteri kedua Norshahida. Meskipun berita tersebar itu agak hangat diperkatakan, Adi mengambil masa yang agak lama juga untuk menafikan gosip berkenaan.

Ramai yang tertanya, mengapa Adi tidak bersikap terbuka mengenai rumah tangganya. Menurut Adi, beliau ingin mengurangkan tanggapan negatif masyarakat yang sebenarnya lumrah didalam kehidupannya sebagai artis.

Saya ambil dasar tutup pintu mengenai hal rumah tangga sebab saya mahu mengurangkan tanggapan, tafsiran dan penilaian orang ramai. Alhamdulillah, walaupun banyak mata-mata memandang dan adanya tanggapan dan andaian negatif orang, saya dan isteri-isteri masih baik serta kami menjalani kehidupan seperti biasa.

Ditanya mengenai cahaya mata, Adi redha dengan ketentuan Tuhan yang belum lagi memberikan rezeki untuk memiliki anak.

Rezeki anak, bukan kuasa manusia yang menentukannya. Ia adalah kuasa Allah. Saya kena redha dan tidak boleh menolak ketentuan-Nya.

Sekitar penghujung bulan Disember tahun lalu, Norshahida dikatakan mengalami keguguran selepas hamil lima minggu. Sebelum ini, Aida Yusof iaitu isteri pertama Adi  juga mengalami keguguran beberapa kali. Adi dan Aida mempunyai seorang anak angkat bernama Zara Adelia, 4.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | January 4th, 2017

Dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini, Adi Putra ada memberitahu beliau agak terkejut  dengan tindakan isteri keduanya, Norshahida yang mengeluarkan kenyataan mengenai rumah tangga mereka. Buat Adi, apa yang dilakukan oleh Norshahida membelakangi dirinya kerana ia diluar pengetahuan Adi.

Norshahida menjelaskan banyak perkara mengenai rumah tangganya bersama Adi termasuk isu beliau keguguran. Ia menjadi topik hangat di dada akhbar dan media sosial. Pelbagai spekulasi juga tercetus selepas Norshahida buka mulut.

Terbaru, Adi menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau bakal menjelaskan kontroversi rumah tangganya satu persatu dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih atas keperihatinan pihak media terhadap dirinya.

Salam dan terima kasih atas keprihatinan pihak media. InsyaAllah saya akan jelas satu persatu. #bismillahirahmanirahim.

Sebelum ini, Norshahida memberitahu Adi adalah seorang suami yang baik dan hubungan beliau dengan madunya, Aida Yusof tidaklah tegang seperti yang disangkakan sesetengah pihak. Norshahida juga menepis dakwaan kononnya Adi berkahwin dengan beliau kerana soal zuriat.

Written by Bella | January 2nd, 2017

Walaupun isteri kedua Adi Putra, Norshahida tampil memberikan penjelasan mengenai tuduhan rumah tangganya sedang bergolak dan mengenai kegugurannya, masih ada juga yang tidak berpuas hati dan mencetuskan spekulasi.

Ada yang beranggapan perkahwinan Norshahida dan Adi semata-mata kerana Adi inginkan zuriat. Namun, perkara itu sekerasnya dinafikan oleh Norshahida. Menurut beliau, Adi tidak pernah membangkitkan isu berkenaan.

Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya.

Norshahida dalam pada itu sempat berkongsi saat Adi melamar beliau untuk menjadi isteri. Menurut Norshahida, perkahwinan mereka berlangsung pada 20 Jun lalu di kediaman beliau yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.

Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan.

Saat ini janganlah kita mencetuskan sebarang tuduhan ataupun cerita tidak benar mengenai rumah tangga mereka. Kan lebih baik untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga Norshahida dan Adi Putra. Apa yang sudah berlaku sudah ditentukan oleh takdir dan jodoh. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | December 29th, 2016

Sejak beberapa hari ini, isu rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya, Norshahida  yang didakwa bergolak hangat diperkatakan sehingga ada wanita yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Adi termasuk menggelarnya lelaki dayus.

Terbaru,  Norshahida telah tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi portal BH ONLINE. Menurut Norshahida, beliau dan Adi tidak mempunyai sebarang masalah dan cukup bahagia bersama dan menyifatkan Adi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab serta berlaku adil dengan isteri-isterinya.

Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.  Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.

Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai.

Norshahida juga menepis dakwaan kononnya beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan madunya, Aida Yusof.

Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.  Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh.

Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida. Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida.

Berbicara mengenai berita beliau sebenarnya sudah keguguran, Norshahida mengakui mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan kira-kira beberapa minggu lepas. Norshahida  tidak sedar beliau mengandung pada waktu tersebut.

Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran.

Nampaknya semua perkara sudah dijelaskan dengan terperinci. Harapnya tiada lagi pihak yang menyebarkan spekulasi tidak benar mengenai rumah tangga Adi Putra dan Norshahida.

Sumber Berita : BH ONLINE