Written by Bella | September 16th, 2016

Kemesraan antara  Ruhainies dan pelakon Azrel Ismail tidak dapat dinafikan lagi. Malah, Azrel baru-baru ini mendedahkan beliau sebenarnya sudah menjalinkan hubungan istimewa dengan Ruhainies sejak tahun lalu lagi.

Tentu sekali berita tersebut disambut baik buat peminat pasangan ini dan mereka dihujani dengan ucapan daripada peminat yang mengharapkan hubungan mereka dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Namun, Ruhainies menerusi portal mStar Online hari ini menafikan bahawa beliau sedang bercinta dengan Azrel. Jelas Ruhainies, beliau hanya lebih selesa berkawan dengan Azrel.

Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak.

Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya.

Tambah Ruhainies, beliau dan Azrel tidak pernah keluar berdua-duaan dan bertemu janji bersama Azrel kecuali untuk menghadiri majlis hiburan sahaja.

Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan.

Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja.

Alamak, mana satu yang betul ni? Ermmh, mungkinkah Azrel Ismail sahaja yang menyimpan perasaan terhadap Ruhainies dan berharap mereka bercinta? Ataupun Ruhainies masih malu-malu untuk mendedahkan percintaan mereka?  Bertabahlah Azrel jika benar cinta anda bertepuk sebelah tangan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by AbangNara | September 8th, 2016

Aik. Pelik tapi benar. Rasanya baru bulan lepas Azrel Ismail dan Ruhainies menafikan dakwaan yang mereka berdua bercinta sebaliknya hanya sekadar kawan rapat. Tup-tup hari ini menerusi pengakuan terbaru, Azrel Ismail dan Ruhainies mengakui masing-masing adalah pasangan kekasih sejak setahun lalu. Amboi,amboi,amboi. Cover line sangat nie.

azrel ismail ruhainies bercinta

Mungkin pengakuan ini dilakukan selepas Azrel Ismail tidak tahan melihat Ruhainies dikaitkan dengan Dato’ Red. Iyerlah, selama ini bercinta tup-tup timbul gosip Ruhanies sampai dah kahwin dengan Dato’ Red, tak ke panas hati? Kalau mengaku dari awal senang habis cerita. Tak adalah orang luar nak fikir bukan-bukan. Tapi biasalah artis-artis Malaysia, selagi boleh mesti nak sorok. Kata Azrel:-

Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu. Selepas berlakon bersama dalam drama Si Montel tahun lalu, saya sering menghubunginya untuk bertanya khabar.

Lama-kelamaan hubungan inimenjadi semakin serius kerana saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Saya juga semakin rapat dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui hubungan ini

azrel ismail ruhainies bercinta

Ruhainies juga turut sama membuat pengakuan tentang hubungan mereka. Untuk makluman, Azrel Ismail berusia 31 tahun sementara Ruhainies pula 24 tahun. Kata Ruhainies:-

Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu. Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT

azrel ismail ruhainies bercinta

Apa-apa pun tahniah buat Azrel Ismail dan Ruhanies. Semoga dengan pengakuan ini tak akan ada orang lain nak berani masuk line Ruhainies. Semoga hubungan mereka juga akan berakhir di jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.