Written by Bella | September 21st, 2015

Gara-gara berselisih pendapat dengan Edry KRU tentang komen yang diberikan oleh Rozita Che Wan terhadap pelajar AF2015, aktres tersebut kini telah menarik diri untuk terus menjadi pengkritik bagi program realiti berkenaan dan menyifatkan pengetua AF2015 sebagai seorang yang tidak profesional.

Ada yang mendakwa ini semua adalah  drama yang sudah di aturkan oleh pihak produksi daripada awal untuk menghangatkan lagi suasana Akademi Fantasia kali ini kerana sejak awal lagi, ramai yang kurang senang dengan cara Che Ta memberikan komen.

Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai perkara tersebut, Che Ta bagaimanapun memberitahu beliau sama sekali tidak serik. Malah, beliau juga tidak perlu memulangkan bayaran tugasan beliau untuk menjadi pengkritik selama 10 minggu meskipun sudah menarik diri. Untung tu..

Memang tak payah pulang sebab depa (mereka) dah kata okay cuma dalam bab-bab begini membuatkan saya mahu lebih berhati-hati pada masa depan. Ada juga yang tanya sama ada saya serik atau tidak untuk menjadi pengkritik.

Jawapan saya mudah, kalau kerja dengan toleransi dan profesional pasti saya akan buat lagi.  Nak serik apa… sebab ini sebahagian daripada kerjaya saya. Yang penting esok saya akan ke Sydney (Australia) untuk bercuti.

Che Ta yang undur diri korang yang panas, sikit punya relax je beliau akan bercuti sedangkan orang sedang sibuk cari pengganti beliau. Harapnya kali ini pihak Astro mampu mencari mereka yang ada pengalaman dalam bidang muzik atau seni persembahan agar pisang tidak berbuah dua kali.

Sumber Berita: Utusan Online