Written by Bella | June 2nd, 2015

Baru-baru ini, Rozita Che Wan telah dikecam hebat oleh pengikut beliau di  Instagram apabila beliau memuat naik foto seakan memakai seluar pendek ketika bercuti di London bersama keluarganya. Rata-rata pengikutnya menyifatkan Che Ta tidak menjaga senstiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan memakai sesuatu pakaian yang boleh menimbulkan fitnah.

Walaubagaimanapun, Che Ta dalam satu kenyataan kepada Berita Harian berkata isu tersebut sama sekali tidak menjejaskan mood bercuti beliau. Buat Che Ta, mereka yang menghina beliau dan memberikan respon negatif adalah seorang yang tidak berfikir dengan panjang dan menuduh beliau berseluar pendek kerana sebagai seorang wanita bertudung beliau tidak akan membuat perkara sebegitu.

Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung. Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.

Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja.

Jika sekali lihat foto tersebut tidak dapat dinafikan ia tampak seakan Rozita Che Wan memakai seluar ataupun skirt pendek.  Sebenarnya untuk elak supaya tidak dikritik maka jagalah penampilan kita. Kadang-kadang kita mungkin hendak berfesyen tetapi pastikan ia kena pada tempat.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Written by Bella | May 31st, 2015

Sedang bercuti bersama keluarga di London, hampir setiap hari Rozita Che Wan akan berkongsi foto percutian beliau bersama peminat di akaun Instagram miliknya. Ramai yang memuji kejelitaan Che Ta dan imej keluarga bahagia beliau.

Namun, ada satu foto beliau telah mendapat perhatian ramai dan ia dikecam oleh peminat dimana Che Ta kelihatan seperti memakai seluar pendek bersama sepasang kasut boots.

Walaubagaimanapun, Che Ta sebenarnya tidak memakai seluar pendek tetapi skinny pants yang berwarna kulit yang memperlihatkan beliau seperti tidak berseluar. Ramai yang mula menganggap bahawa Che Ta tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan hanya ingin mengikut fesyen sahaja.

Apa-apa pun diharap selepas ini Che Ta akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian beliau. Meskipun tidak menggayakan sesuatu yang seksi tetapi kadang-kala kita tidak sedar ia mampu mengundang fitnah jika orang ramai melihatnya.

Written by Bella | May 27th, 2015

Sekitar dua minggu lepas, Rozita Che Wan serta Zain Saidin bersama ibunya telah bercuti ke Switzerland. Kali ini, Che Ta nampaknya sudah kembali ke mood bercuti lagi apabila berangkat ke kota London dua hari lepas.

Percutian kali ini turut disertai oleh dua orang adik beradiknya, anak sulung beliau Ammar Effendy serta pereka busana Man Kajang.

Memang murah rezeki Che Ta bukan? Apa salahnya untuk pergi melancong selepas berusaha keras dalam perniagaan.

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Lagi beberapa foto Che Ta bercuti ke London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.