May 15th, 2015

Kalau dilihat raut wajah, jambang dan aksi lakonannya di dalam filem, tiada siapa dapat menjangka perwatakan sebenar Awie. Ramai yang menganggap Awie sebagai lelaki yang tegas, garang dan ganas. Namun itu hanyalah persepsi mereka yang tidak mengenali penyanyi lagu Ukiran Jiwa ini. Sebenarnya Awie adalah seorang lelaki yang sensitif, berjiwa lembut dan mudah menangis. Jujur Abang Nara pun terkejut membaca pengakuan Awie ini.

awie

Hati Awie lebih mudah tersentuh apabila melibatkan hal-hal berkaitan keluarganya. Terharu Abang Nara mendengar apabila Awie memaklumkan yang dirinya akan menangis apabila teringatkan anak-anak. Kata Awie:-

Mana ganas. Sebenarnya, berperwatakan dan berwajah begini, ia anugerah Allah. Tetapi, tidak semua orang tahu apa sebenarnya yang berada dalam hati dan jiwa saya. Saya seorang yang sensitif dan berjiwa lembut. Saya mudah menitiskan air mata apabila ia membabitkan hal keluarga. Tak dapat bertemu anak pun, saya boleh menangis.

Namun Awie tidak menyalahkan orang ramai yang membuat tanggapan dirinya seorang yang ganas. Biasalah manusia memang suka menghakimi manusia lain dengan hanya memandang luaran. Kata Awie lagi:-

Persepsi yang diberikan oleh masyarakat tidak mendatangkan kesan kepada saya. Dengan adanya misai dan janggut serta kes mahkamah begini menguatkan lagi tanggapan mereka. Namun, saya sama sekali tidak menyalahkan mereka.

awie

Pasti ramai yang terkejut mengetahui sisi Awie yang selama ini menjadi rahsia kan? Abang Nara pun terkejut jugak. Memang betullah kata omputih iaitu “don’t judge a book by its cover”. Abang Nara pun ada kawan-kawan yang layan lagu rock, metal dan yang tak tahu lirik sebut apa, tapi bila tengok filem jiwang dia yang menangis dulu. Mungkin Awie termasuk dalam kategori ini. Sumber BHPLUS.

January 7th, 2015

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar telah mendedahkan yang sijil nikah Awie dan Rozana adalah palsu selepas semakan di pangkalan data menyaksikan sijil tersebut didaftarkan atas nama orang lain. Untuk makluman, Awie dan Rozana telah pun bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Rozana telah mendakwa bahawa Awie tidak pernah mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

awie rozana

Pemeriksaan telah dilakukan menerusi sistem e-Munakahat berdasarkan nombor MyKad, nama Rozana serta nombor siri sijil nikah namun kedua-dua memberikan jawapan yang menghampakan. Menurut Yusoff Abu Bakar, hampir 100 peratus data yang dipaparkan oleh sistem e-Munakahat adalah tepat. Kata Yusoff:-

Pada 4 Julai 2014, kami membuat semakan menerusi applikasi e-Munakahat menggunakan nombor MyKad dan nama Rozana, namun kedua-duanya gagal didapati dalam pangkal data kami. Pada 8 Julai 2014, kami menerima permohonan daripada Ahmad Azhar Othman menyemak dokumen itu dengan menyertakan salinan sijil nikah mereka. Kami membuat pencarian berpandukan nombor siri sijil berkenaan dan mendapati ia didaftarkan atas nama orang lain.

awie Prosiding seterusnya bakal berlangsung pada 13 Januari 2015. Untuk makluman, Awie tidak menghadiri prosiding semalam. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Sumber Harian Metro.

September 25th, 2014

Alalala abang Awie. Janganlah cakap macam ini. Abang Awie hensem, gagah, kacak, perkasa dan macho. Pasti banyak perempuan di luar sana yang mahu berkongsi kasih sayang dengan abang Awie. Jangan sedih-sedih. Orang kata, petik satu jari, sepuluh yang datang. Mesti ramai yang terpikat lebih-lebih lagi kalau Awie membuka mulut mendendangkan lagu untuk para perempuan di luar sana.
awieNamun bak kata Awie sendiri, kes di mahkamah pun belum selesai, jadi masih belum tiba masa untuk berfikir tentang perempuan lain atau berkahwin sekali lagi. Kata Awie:-

Saya tak boleh tipu diri saya dan saya memang memerlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.

Tapi, perempuan gila mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ke dia sayang saya dan sayang lima anak. Mampu ke dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar? Bagaimanapun saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum,

Abang Nara tertarik dengan kata-kata Awie yang memaklumkan anak-anaknya menangis apabila mengetahui hak penjagaannya dibatalkan baru-baru ini. Kata Awie:-

Mereka selesa hidup bersama saya kini dan bila dapat tahu mengenai hal itu, mereka menangis. Apa pun selepas ini, saya akan mempertahankan dan memastikan mereka bersama saya.

Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. Insya-Allah saya ada perancangan-perancangan untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak

awie

Sabarlah Awie. Kalau kita berada di pihak yang benar, pasti akan menang jua. Kesabaran amat penting dalam menangani hal sebegini. Banyakkan berdoa. Semoga anak-anak anda turut tabah menghadapi cabaran yang amat besar ini. Sumber Sinar Harian.
iziefashionP.S: Jom cantik bergaya dengan fesyen Europe terkini di iziefashion.com.. Harga dijamin berpatutan. Free postage untuk pembelian RM75 ke atas.

August 14th, 2014

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Awie dan anak-anaknya menjalani kehidupan tanpa seorang isteri dan ibu di sisi. Umum mengetahui mengenai kes mahkamah yang melibatkan diri penyanyi rock lagenda ini dengan isterinya, Rozana. Hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4 telah diberikan kepada Awie oleh pihak mahkamah dan Rozana dilarang mendekati mereka.

awie

Menariknya menurut Awie tiada yang berubah dalam kehidupan mereka sekeluarga walaupun tanpa Rozana di sini. Kata Awie:-

Tiada apa yang berubah selepas kami tidak tinggal bersama. Cuma bula Ramadhan yang lalu buat pertama kali dalam hidup saya bangun pagi dan masak sahur untuk anak-anak.

Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila masa rehat saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka.

Alhamdulillah anak-anak tak pernah komen apa-apa. Raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat nak pergi Legoland jadi saya bawa mereka ke sana.

Kehidupan kami ‘happy’ dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang. Segala kerja keras saya selama ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.

Syukur hak penjagaan anak diberikan kepada saya. Saya mahu lihat mereka membesar dan apa-apa berlaku biar di depan mata saya. Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat

awie

Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ayah melainkan melihat anak-anak mereka gembira. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan walaupun tanpa seorang ibu di sisi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sama-samalah kita doakan agar jalan penyelesaian untuk mereka dapat ditemui segera. Amin.