Written by Bella | January 7th, 2019

Viral beberapa hari lalu apabila ada pihak mendakwa pemilik Sri Ternak Group hanya mempergunakan nama Datuk Rosyam Noor sebagai duta untuk menarik pelanggan ke pasaraya ST Rosyam Mart. Isu tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen dan pada masa yang sama Rosyam dilempar dengan bermacam tuduhan.

Menjawab segala persoalan, Rosyam menerusi satu sidang media khas tampil menjelaskan beliau bukanlah ‘barua’ Cina seperti yang digelarkan ramai dan sebenarnya memiliki 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam Mart.

Saya tidak pernah cakap ST Rosyam Mart adalah milik saya 100 peratus, tetapi orang tuduh saya jadi ‘barua’ Cina. Malah, maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut ditularkan sehingga saham saya juga dipertikaikan. Saya bukan duta ST Rosyam Mart seperti yang didakwa, tetapi pemilik bersama kerana turut memegang saham 10 peratus.

Saya juga tidak ada kaitan dengan pengurusan Sri Ternak Group (STG). Saya hanya bekerjasama dengan Pengarah Sri Ternak iaitu Datuk Raymond Ho yang turut memegang saham 89 peratus manakala adiknya, Alan Ho pula memiliki satu peratus dalam ST Rosyam Mart.

Di Facebook saya, ada individu yang cakap saya ‘barua’ Cina. Perkara itu bukan hanya membuatkan saya sedih, tetapi keluarga juga terasa sama.

Rosyam juga sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak mengenai tuduhan individu mengatakan dirinya sebagai ‘barua’ Cina dan kononnya Ah Chai adalah pemilik sebenar ST Rosyam Mart.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | January 4th, 2016

Bukan senang mahu memperolehi peluang berlakon bersama bintang terkemuka India, Rajinikanth. Ternyata peluang yang diberikan tidak ditolak oleh Datuk Rosyam Noor walaupun hanya ditawarkan watak kecil. Selain Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan juga turut sama berlakon di dalam filem Tamil yang bertajuk Kabali ini.

rosyam noor

Kata Rosyam Noor:-

Dalam filem ini, saya hanya memegang watak kecil, iaitu orang kanan kepada penjahat yang dilakonkan seorang pelakon Taiwan. Walaupun wataknya tidak besar, ia medan yang baik untuk mencari pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.

Kali pertama ditawarkan berlakon oleh produksi luar, apatah lagi ia dibintangi aktor legenda, Rajinikanth, saya rasa peluang dihulurkan itu tidak patut diketepikan. Tambah pula saya dapat tahu ia menjadi filem kedua terakhir akan dilakonkan bintang tersohor itu.

rajKalau Abang Nara pun diberi peluang sebegini, pasti takkan dilepaskan. Bukan senang nak beraksi dengan bintang sehebat ini. Lepas itu dapat timba pengalaman penggambaran di luar negara. Selaku seorang penerbit, sudah pasti banyak yang dipelajari oleh Datuk Rosyam Noor. Semoga pengalaman tersebut bakal digunakan untuk memajukan lagi industri filem tanah air kita. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | February 23rd, 2015

Kehadiran Nora Danish di mana-mana majlis anugerah sememangnya akan mencuri perhatian ramai. Walaupun sudah berusia 30-an, Nora tetap tampak muda dan macam budak baru lepas SPM. Wajahnya yang keanak-anakan memang menyebabkan ramai yang jatuh cinta dengannya. Di Anugerah MeleTOP Era 2015, Nora Danish bergandingan dengan Datuk Rosyam Noor untuk menjadi penyampai anugerah buat salah satu kategori yang dipertandingkan.

nora danish anugerah meletop era

Semoga tahun 2015 ini Nora Danish akan dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dan cepat-cepat dipertemukan jodoh dengan insan yang teristimewa. Pasti ramai yang tak sabar mahu menatap kelibat Nora di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 11th, 2013

Penyanyi rock, Ramli Sarip; pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
ramli sarip datukSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar berkata, Rosyam atau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin, 46, dan Kim Swee, 43, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli, 61, menerima DMSM Kehormat.

Menurutnya, ketiga-tiga individu berkenaan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini, Ahad dan 24 Oktober ini.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ramli Sarip dan Rosyam Noor. Satu penghargaan yang cukup bernilai buat anak seni sehebat mereka. Semoga dengan penghargaan ini, anak-anak seni akan lebih dipandang tinggi di mata masyakat. Tahniah!!!