October 3rd, 2018

Turut dikritik gara-gara mengikut jejak langkah Janna Nick dengan menawarkan servis ucapan hari jadi berbayar dengan harga yang lebih rendah iaity RM 20, siapa sangka pelakon Mawar Rashid sudah mampu meraih RM 1,000 dalam masa lima hari.

Bukan sahaja cara untuk mencari rezeki sampingan, kata Mawar perkhidmatan itu juga adalah salah satu cara untuk menghargai peminatnya.

Pada saya idea servis ucapan ini sangat kreatif dan saya sendiri menyokong idea Janna itu. Bagaimanapun, disebabkan jumlah pengikut saya tidaklah begitu ramai, jadi saya tawarkan harga yang lebih rendah. Satu hari saya hanya hadkan kepada 10 servis ucapan sahaja. Alhamdulillah sehingga kini sambutan sangat menggalakkan apabila sudah mengutip lebih dari RM1,000.

Sejujurnya, Mawar tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati mahupun mengecam apa yang beliau lakukan itu.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : Hlovart

October 1st, 2018

Meskipun dikecam, servis ucapan berbayar yang dilakukan oleh Janna Nick mendapat sambutan yang agak baik daripada peminat.

Terbaru, pelakon Mawar Rashid juga mengikut jejak langkah yang sama tetapi harya yang ditawarkan lebih murah iaitu RM 20 sahaja untuk setiap ucapan di Instagram.

Pelbagai spekulasi mula timbul dan ada  netizen yang merasakan ia seperti sudah menjadi satu ‘trend’ dan tidak mustahil lebih ramai artis akan menawarkan perkhidmatan ini.

Kata orang kalau ada peluang, jangan duduk diam dan terus sambar. Sudah ada cara lebih mudah untuk menjana pendapatan sampingan, apa salahnya untuk mencuba kan? Heh. Lepas ini semakin banyaklah pilihan peminat untuk artis membuat ucapan hari jadi mereka.