Written by Bella | October 13th, 2019

Selepas mendakwa terpaksa bergolok gadai menjual cincin perkahwinannya bernilai 203,000 pound ( RM1.05 juta) untuk membayar bil perubatan apabila dia hampir kehilangan bayi yang dikandungnya,  bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko kali ini memfailkan pula petisyen untuk menentukan ayah kandung kepada anaknya.

rihana oksana

Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia dan teka-teki siapakah Tengku Ismail Leon Petra bakal terjawab dimana hakim dikatakan mungkin akan memerintahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjalani ujian DNA.

Laporan memberitahu, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.

rihana oksana fail petisyen tentukan bapa anak

Menurut laporan itu juga, Oksana bertindak memfailkan kes tersebut selepas tuntutannya untuk mendapat elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM 47 juta tidak dilayan. Oksana sebelum ini tidak mahu meneruskan kes berkenaan kerana beranggapan ia boleh diselesaikan dengan baik .

Dalam pada itu, Rihana tetap menegaskan Leon merupakan hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras dengan Sultan Muhammad V.

rihana oksana sultan muhammad v

Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia.

Terdahulu, Oksana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengatakan baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya. Malah, dia hanya mengetahui mengenai perceraian mereka melalui internet.

Sumber Berita : Free Malaysia Today

Written by Irsa | October 9th, 2019

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko yang berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kali ini mendakwa beliau terpaksa menjual cincin kahwinnya.

Daily Mail melaporkan, cincin bernilai 203,000 Pound (kira-kira RM1.05 juta) itu terpaksa dijualnya selepas ditinggalkan baginda ketika sedang mengandung 4 bulan.

Oksana berkata, dia sangat terdesak dan memerlukan wang tunai untuk menampung bil perubatannya di Switzerland apabila dia hampir kehilangan bayi yang dikandungnya.

rihana gadai cincin kahwin

Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei kini berusia 4 bulan berdepan beberapa komplikasi ketika berada di dalam kandungan lagi.

Sehubungan itu Oksana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo yang pernah dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

Rihana turut menuduh Sultan Muhammad mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa hingga memaksa dia menjual barang kemas berkenaan jauh lebih murah dari nilainya untuk menanggung bil perubatan ketika melahirkan Tengku Ismail Leon Petra.

Saya tidak mahu menyebut berapa harganya, tapi ia (cincin) dijual tiga kali lebih rendah daripada nilainya.

Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya sudah tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu. Rihana turut mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

rihana gadai cincin kahwin untuk bayar bil perubatan

Minggu lalu, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Sumber: Daily Mail

Written by Irsa | October 4th, 2019

Sepertinya tiada pengakhiran kepada kemelut perkahwinan di antara Sultan Muhammad V dan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Voevodina.

Terbaru, wanita berusia 27 tahun itu telah memuat naik satu temu bual eksklusif mengenai hal rumah tangganya menerusi laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

I gave my first interview to clarify our situation with the divorce. I haven’t seen my husband since last December. He is hiding from me and our son and unfortunately he is the one who is making the public scandal. I would like to apologize for his behavior… Hope he will think about his reputation and will stop all this fightings. Faris, you are a father and you are a Royal- please, think of what you do. Thank you for attention Love all of you ??????

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Berdasarkan sedutan video itu, Rihana menegaskan bahawa dia dan anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra tidak bertemu muka langsung dengan Sultan Muhammad V sejak daripada bulan Disember tahun lepas lagi. Wanita itu juga menyatakan bahawa tiada sekalipun dia menghubungi sudara-mara mahupun kenalan suaminya itu.

rihana oksana dakwa tidak jumpa sultan sejak disember

rihana tidak berjumpa dengan sultan sejak disember

Menurut Mail Online, Rihana didakwa telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.

rihana oksana tuntut nafkah dan rumah agam

Dalam entrinya itu, Rihana telah meminta Sultan Muhammad V supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh merosakkan imejnya sebagai seorang pemimpin dan kerabat Diraja.

Semenjak tersebarnya berita penceraian pasangan ini, rakyat rata-ratanya tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kisah ini. Walaupun Rihana sering memuat naik pelbagai kenyataan menerusi laman Instagramnya, Sultan Muhammad V lebih senang mendiamkan diri dan hanya pihak Istana Kelantan yang mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.

Sumber: Forum CARI

Written by Bella | July 23rd, 2019

Spekulasi mengenai status perkahwinan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab selepas pihak peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Menerusi muat naik terbaru di akaun Instagram, Rihana meluahkan rasa terharu  sehingga mengeluarkan air mata kerana menerima sokongan rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, dia berasa banggga apabila darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra dan sanggup melakukan apa sahaja untuk cahaya mata kesayangannya itu.

Terdahulu, desas-desus mengenai perceraian Sultan Muhammad V dan Rihana hangat diperkatakan selepas foto sijil perceraian mereka mula tersebar. Sijil tersebut dilengkapi dengan nombor siri, turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.