Written by Bella | March 11th, 2016

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi asal daripada Malaysia, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang sudah mencapai tahap antarabangsa dan aktif di Amerika Syarikat.

Malah, beliau juga sudah bergabung dengan nama-nama besar seperti Usher dan Owl City. Memang sesuatu yang amat membanggakan.

Aktif di Twitter untuk mempromosikan album terbarunya selain berinteraksi bersama peminat, Yuna menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam berkomunikasi.

Namun, ada peminat Malaysia yang menyuruh beliau untuk banyak bercakap dalam Bahasa Melayu.  Respon Yuna terhadap perkara berkenaan menarik perhatian ramai.

Berikut adalah respon Yuna :-

Sebenarnya lebih mudah untuk Yuna bercakap dalam Bahasa Inggeris kerana peminat beliau bukan sahaja di Malaysia tetapi hampir seluruh dunia. Lagipun, kami yakin majoriti rakyat Malaysia boleh faham Bahasa Inggeris bukan? Hehe