Written by Bella | April 17th, 2017

Sejak kebelakangan ini, agak jarang juga pelakon Remy Ishak muncul di kaca televisyen ataupun hadir ke majlis hiburan. Ada sumber memberitahu Mary Jane di dalam akhbar Utusan Mingguan, Remy sebenarnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan beliau tidak lama lagi.

Mary Jane dengar Remy khabarnya sedang membuat persiapan perkahwinan. Betul ke? Bukan apa, ada yang membuka mulut mendedahkan kisah Remy yang khabarnya sedang sibuk merancang hari bahagianya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Nak buat majlis perkahwinan bukannya mudah jadi Remy buat sendiri segala-galanya. Remy pula orang yang mementingkan kesempurnaan, sebab itu dia sekarang sibuk menguruskan macam-macam hal.

Menurut Mary Jane lagi, bakal isteri Remy bukanlah daripada kategori orang popular. Ermm, siapa agaknya yang sudah berjaya membuka pintu hati Remy untuk bercinta lagi dan menempuh alam perkahwinan? Sama-sama kita nantikan..

Sumber Berita : Utusan Mingguan