Written by Bella | August 10th, 2015

Minggu lepas kami ada siarkan artikel daripada sumber portal Murai yang mengatakan aktres Reen Rahim sudah mempunyai kekasih hati yang agak kacak selepas ada saksi yang melihat aksi mesra mereka berpegangan tangan di sebuah restoran terletak di Subang Jaya baru-baru ini.

Namun, jelas Reen nampaknya tidak mahu berbicara lanjut mengenai jejaka tersebut buat masa ini dan tidak pernah berhasrat untuk menyorok status sebenar beliau bersama lelaki berkenaan. Malah tambah Reen ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan kerana beliau tidak melakukan perkara tidak senonoh di tempat awam.

Pihak yang nampak saya itu terang-terangan ditempat awam dan siapa jejaka berkenaan rasanya tidak perlu saya huraikan kerana sebagai seorang manusia biasa saya juga berhak untuk berkawan.

Jika saya ingin sorok mengenai hubungan cinta saya lebih baik saya ‘dating’ dekat tempat tertutup tetapi secara dasarnya saya tidak selesa bercakap mengenainya. Pada yang tahu, tahulah.

Memang bukan satu kesalahan yang besar pun, tetapi bila timbul gosip sebegini pasti ia akan menjadi tanda-tanya dikalangan peminat bukan? Kami rasa mereka pun faham kalau anda terangkan secara baik-baik tentang status hubungan sebenar anda dan jejaka tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | August 5th, 2015

Reen Rahim, aktres yang lahir daripada program realiti Pilih Kasih khabarnya sudah mempunyai kekasih hati apabila seorang saksi melihat beliau keluar bersama seorang jejaka kacak di sebuah restoran yang terletak di Subang Jaya.

Menurut saksi tersebut, Reen dan jejaka tersebut nampak cukup mesra bersama. Malah mereka berjalan berpimpinan tangan lagi.

Agaknya siapakah jejaka tersebut ye? Kekasih beliau atau sekadar teman rapat, hurmm tapi kalau setakat kawan takdelah jalan siap pimpin tangan kan? Apa-apa pun kami doakan agar hubungan Reen Rahim bersama lelaki itu kekal sehingga ke jinjang pelamin. Kalau dah ada teman istimewa tu janganlah lupa kongsi berita gembira bersama peminat yee.

Sumber Berita: Murai