Written by Bella | January 12th, 2017

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada mempersoalkan tindakan pelakon Rebecca Nur Al Islam memuat naik foto yang menampakkan sebahagian rambutnya ke laman sosial Instagram. Netizen yang membaca gosip berkenaan bertindak untuk mengkritik Rebecca dan pelakon itu diasak dengan pelbagai soalan.

Terbaru, Rebecca mengakui ia adalah kesilapan beliau kerana memuat naik foto berkenaan yang mengundang fitnah. Menurut Rebecca, foto itu diambil ketika beliau bercuti ke Jepun.

Gambar itu diambil ketika saya dan keluarga bercuti di Jepun. Untuk memudahkan pergerakan saya di sana serta keselesaan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, saya memakai anak tudung dan menutupi kepala saya dengan hoodie.

Keadaan di sana juga sangat berbeza berbanding Malaysia. Cuaca juga sangat sejuk dan angin pun bertiup sangat kencang. Saya tidak perasan rambut terkeluar. Menjadi kesilapan saya sendiri apabila saya memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang. Adat menjadi manusia, tiada yang sempurna.

Rebecca memohon maaf sekiranya foto berkenaan mengundang salah faham atau rasa kurang senang orang ramai.

Sejujurnya, saya memang tak perasan. Takkan saya mahu salahkan orang lain atau tidak mahu mengaku kekhilafan ini, sedangkan ini kesalahan saya sendiri. Apa yang boleh saya lakukan sekarang, saya mahu berlaku jujur dan meminta maaf kepada semua pihak.

Apa yang penting, saya mahu menjadi diri sendiri. Walaupun saya sudah berhijab, saya masih dalam proses pembelajaran. Perubahan yang berlaku dalam diri saya terjadi secara perlahan-lahan. Perubahan ke arah kebaikan terjadi setiap hari, sedikit demi sedikit. Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk diri saya.

Untuk pengetahuan anda, Rebecca sudah mula mengenakan hijab semenjak tahun 2014 selepas pulang dari mengerjakan ibadah Umrah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by serenity | August 17th, 2015

Semalam, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman telah mengadakan majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri di kediaman mereka. Majlis itu dihadiri oleh Arni Nazira, Datuk Aliff Syukri, Rafidah Ibrahim, Sharifah Shahora dan Faradhiya yang turut membuat persembahan.


 photo 11850050_160018577664319_1567881021_n.jpg

Lagi 23 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Rebecca Nur Islam.

Adik-adik berbakat dlm bidang tari & nyanyian? Apakata tunjukkan bakat dgn hadir ke Sesi Uji Bakat PERMATA Seni Koir (Junior) & PERMATA Seni Remaja Koir

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 9 August 2015