March 7th, 2010

leez af4

Berita baik kepada lelaki-lelaki solo di luar sana. Leez AF4 kini telah single. Rupa-rupanya dah hampir setahun Leez clash dengan buah hatinya, Zizan Raja Lawak. Paling menyedihkan, Leez tak diberitahu apa sebab musabab punca perpisahan mereka.

[note]Memang saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar disebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja, tak cakap apa-apa.[/note]

Advertisement

Macam-macam spekulasi yang keluar tentang punca perpisahan diorang. Ada yang kata mak Zizan nie tak suka kat Leez. Bukan taste mak dia lah kot. Tapi kalau kami jadi Zizan, memang agak malulah sebab agak tak macho cara dia nak clash nie. Sepatutnya kena jadi gentleman.

Nasihat kami, face to face jerlah. Konfrontasi berdua. Bagitau asal nak clash. Baru semua orang yang terlibat tak dendam sana sini. Ini tengok habis kisah cinta anda dijaja ke sana ke mari. Drop own water face only. Tak gitu?

Advertisement
March 5th, 2010

tahniah

Sumpah banyak gila email yang kami terima untuk tiket ke gelanggang Final Raja Lawak 4. Mula-mula risau jugak kalau tak ada sambutan. Hampir-hampir mengalir air mata kerana terharu dengan sambutan anda semua. Susah jugak nak buat pilihan. Jadi kami just amik undian secara random sahaja.

Jika anda tak terpilih kali ini, maafkanlah kami. Tiket hanya ada 10 keping je. Niat di hati nak bawak semua pembaca BeautifulNara. Tapi apakan daya. Kalau ada kesempatan, lain kali kami akan cuba bagi tiket lagi untuk aktiviti-aktiviti lain. Doa-doalah yang Astro bermurah hati untuk bagi tiket konsert Akademi Fantasia 8 nanti.

Advertisement

facebook beautifulnara

Kami sangat galakkan anda jadi fans BeautifulNara di Facebook sebab kat situ kami akan bagitau banyak benda-benda sebegini.  Lagi cepat info yang bakal anda dapat. Dan selalu pepagi kami ada bukak topik sembang-sembang. Meh la join buat kasik meriah lagi. Setakat nie dah ada 5,000 fans BeautifulNara. Jom tolong kami cukupkan sampai 100,000 fans.

Kepada pemenang, sila check sms handphone anda sebab kami dah sms. Salin nombor tersebut dan kita jumpa di pintu masuk Dewan MBSA hari Ahad ini. Sila berkumpul tepat jam 7.45 malam. Kalau tak dapat pergi, sila reply sms dan bagitau yang anda tak boleh pergi. Nanti kami akan gantikan dengan orang lain.

Berikut adalah senarai 5 orang yang terpilih. Semua pun nak bawak pasangan masing-masing, so 5 kali 2 maka cukuplah 10 keping tiket.

  • Norasmayani Bt Kamaruddin (2 orang)
  • Noorfarahim binti Azemi(2 orang)
  • Muhammad Iqbal bin Ishak (2 orang)
  • Faridatul Azna Aziz (2 orang)
  • Zayana Osman Shah (2 orang)
  • Norasmayani Bt Kamaruddin (2 orang)

Terima kasih kepada Astro sekali lagi yang sudi berkongsi tiket ini dengan anda semua.

Advertisement
February 8th, 2010

anak johan raja lawak

Patut la muka si Johan dalam Raja Lawak 4 semalam berseri-seri semacam jer. Rupanya dah bergelar ayah dah. Tahniah kami ucapkan kepada si Johan dan Ozlyn. Sabtu lepas (6 Februari) di Hospital Prince Court, seorang bayi lelaki milik Johan dan Ozlyn telah selamat dilahirkan. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin nie.

Tapi kami rasa anak mereka berdua nie tak cukup bulan rasanya. Sebabnya diorang berdua kawin 25 Julai 2009 hari tue. Kalau bulan Julai tolak ngan bulan Februari 2010, baru 7 bulan kalau tak silap kami. Tapi syukurlah sebab bayi yang lahir nie sihat walafiat. Dengar cerita berat baby tue 4.43 kg. Kus semangat gitu!!!

Advertisement

Johan dan Ozlyn bagi nama anak diorang Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya kitaorang pun tak tau. Tapi nampak gayanya nama yang elok. Sekali lagi tahniah buat Johan Raja Lawak dan Ozlyn. Semoga semakin ceria melayari bahtera rumah tangga dengan kehadiran permata baru.

Advertisement
January 28th, 2010

raja lawak 4

Korang layan tak Raja Lawak 4 ? Memula kami tak tengok la jugak, tapi skang nie dah melekat dah kat TV setiap hari Ahad pukul 9 malam. Dah siap-siap tukar channel jadi channel Astro Prima lagi. Kesian kat mak kitorang nak tengok TV1. Tapi last-last dia pun layan jugak. Sama-sama gelak ngan kitorang.

Bagi kami kali nie punya Raja Lawak ada 3 peserta yang best. Lain semua agak kureng sikit. Yang paling best sudah tentu Alex. Lawak dia memang sempoi. Tapi kami suka gak lawak Idlan ataupun lebih dikenali sebagai Abang Kasim. Siap ada jalan cerita dari episod 1 tue. Memang lawak gile!!! Dan yang paling last team Mamu. Not bad gak la lawak diorang.

Advertisement

Kalau korang tak layan Raja Lawak 4 kami cadangkan kepada anda untuk start tengok minggu nie. Sila jangan miss si Alex nie. Dia memang lawak. Tak percaya tengok video kat bawah nie. Bagi kami nie persembahan terbaik dia setakat nie.

Advertisement