Written by Bella | October 5th, 2015

Raja Ilya aktres yang kami rasa mempunyai wajah seakan pelakon Bollywood yang jelita dan cukup anggun ini sering menjadi idaman lelaki di luar sana. Ramai yang tertanya, takkanlah wanita secantik ini tidak mempunyai teman istimewa?

Baru-baru ini timbul pula dakwaan kononnya Raja Ilya sedang menjalin hubungan istimewa bersama aktor Syafie Naswip apabila kedua-duanya mula rapat bersama.

Malah, perkara itu terus menjadi perhatian pemiant apabila Syafie turut memuat naik foto mereka berdua di akaun Instagram dengan kapsyen yang cukup manis.

Walaubagaimanapun, Raja Ilya menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kakak dan adik.

Saya mula rapat dengan dia kerana banyak bekerjasama untuk drama. Syafie adalah seorang budak yang baik dan rajin.

Saya dan beberapa orang rakan artis menyenangi personaliti Syafie. Dia pandai membawa diri dalam industri dan membuatkan orang ramai terhibur dengan keletahnya. Terbaharu, kami bersama-sama ke Perlis bagi memeriahkan program Drama Bas anjuran TV3 dan TV9.

Satu gambar boleh mencetuskan pelbagai spekulasi, walaupun tidak salah untuk bercinta dengan mereka yang lebih muda tetapi khabar angin ini boleh dikatakan agak tidak logik dan peminat sudah salah tafsir hubungan mereka.

Sumber Berita: Berita Harian