December 12th, 2017

Bulan lalu, hangat dengan isu dimana seorang wanita mendakwa dirinya hamil selepas melakukan hubungan seks bersama seorang aktor popular sehingga melahirkan anak. Wanita itu memberitahu aktor itu melarikan diri dan enggan ambil peduli dengan apa yang berlaku.  Pelbagai spekulasi juga yang timbul sehingga beberapa nama artis turut dikaitkan dalam isu berkenaan.

Terbaru, wanita itu sudah melakukan ujian DNA dan ternyata anak yang dilahirkan bukanlah hasil perhubungan beliau dengan aktor popular yang didakwa.

Oleh itu, beliau tampil memohon maaf secara terbuka kepada artis-artis yang nama mereka turut terpalit dalam masalah tersebut.

Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait. Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias. Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya.

Tujuan wanita berusia 20-an itu melakukan pendedahan sebelum ini adalah kerana ingin menuntut kos perbelanjaan beliau ketika menjalani pemeriksaan sebulan sekali di hospital swasta yang berjumlah RM 250 sebulan.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
December 15th, 2016

Hadir bersama ketika Anugerah Melodi TV3 baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan pelakon Lara Aishah iaitu Dayana Roza dan Raja Afiq kini sedang bercinta. Malah, mereka juga kerap keluar bersama.

Walaubagaimanapun, Dayana menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan baik sahaja.

Kami hanya kawan baik dan tidak lebih daripada itu. Sebelum ini saya rapat dengan Saharul Ridzwan tetapi selepas dia berkahwin kami jarang keluar. Saya dan Raja Afiq jadi rapat apabila kami berlakon dalam filem Trauma yang penggambarannya dibuat Oktober lalu. Saharul pun berlakon sama dan sejak itu kami bertiga rapat.

Sebenarnya ketika saya dan Raja Afiq pergi ke Anugerah Melodi, Saharul turut ada bersama tetapi kerana dia ada tugasan lain, dia pergi dulu dan kami berjumpa di sana.

Dayana menyifatkan dirinya sebagai seorang  wanita kasar serta lasak seperti lelaki dan menganggap Raja Afiq dan Saharul ibarat “abang-abang”nya.

Mereka selesa berkawan dengan saya. Saya tak ada apa-apa perasaan pun dengan Raja Afiq.

Biasalah tu, kalau seorang wanita terlalu rapat dengan seorang lelaki pasti ada yang salah anggap mereka sedang bercinta.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
November 3rd, 2016

Pelakon Anis Al Idrus akui kisah putus cinta bersama Raja Afiq memberikan impak yang agak besar buat dirinya apabila ia masyarakat mula memandang negatif kepada dirinya. Sedikit sebanyak hal itu menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang masih mencari arah dan menapak dalam industri hiburan tempatan.

Saya tidak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip. Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia tidak terus menganggu emosi.

Menurut Anis beliau cuma mangsa keadaan dan tetap akan meneruskan niatnya untuk mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Maaf, atas nasihat beberapa individu, saya tidak dapat kongsikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana bukti-bukti tersebut akan dibentangkan pada satu masa yang akan saya umumkan kelak.

Saya harap dengan pendedahan itu boleh membuka mata siapa yang yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini.

Pada masa yang sama, Anis memberitahu beliau gembira dengan kehidupannya sekarang biarpun tiada teman istimewa di sisi.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
October 18th, 2016

Pelakon Raja Afiq memberitahu beliau tidak gentar dengan pendedahan yang bakal dilakukan oleh bekas kekasihnya, Anis Al Idrus tentang kisah putus cinta mereka kerana beliau tidak menyembunyikan sebarang rahsia.

Terpulang kepada dia (Anis) untuk memberi penjelasan atau mendedahkan punca kenapa hubungan kami putus. Saya tiada apa-apa perkara yang ingin ditakutkan. Bagi saya, adalah lebih baik penjelasan tentang perpisahan itu dibuat secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak pun.

Raja Afiq juga menafikan perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga dan pelakon Neina Baharun juga tidak ada kena mengena dengan isu  beliau dan Anis.

Niena tiada kena mengena dengan hubungan kami, dia pun tahu tentang hubungan kami putus melalui akhbar seperti orang lain juga.

Kami memang baik atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah ada kekasih.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam apa-apa acara, Raja Afiq berkata, beliau  akan cuba mengelak supaya tidak mahu timbul rasa kurang senang antara kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun beliau akan sentiasa bersikap profesional jika ia berkaitan soal kerja.

Pada kami kalau sudah tiada jodoh, untuk apa lagi hendak dedahkan punca perpisahan. Kadang-kadang lebih baik untuk diri kita sahaja tahu apa yang berlaku. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement