Written by Bella | July 17th, 2018

Sudah bercinta hampir dua tahu lamanya, pelakon Qi Razali dan kekasih hatinya, Nia Atasha yang juga merupakan seorang model kini dalam perancangan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka.

Qi mengakui beliau sudah menghantar rombongan merisik baru-baru ini dan bakal mengikat tali pertunangan pada tahun ini.

Alhamdulillah, saya sudah menghantar rombongan untuk merisik dan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu. Buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunang. Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini namun jika sudah ada tarikh saya akan umumkan pada semua.

Umur Qi bukanlah muda lagi dan beliau juga teringin untuk berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Kami harap segala perancangan Qi dan Nia dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | January 5th, 2017

Baru-baru ini, foto pelakon Qi Razali yang kelihatan agak intim bersama seorang wanita mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat adakah beliau sudah bertemu dengan pengganti Nelydia Senrose.  Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang model bernama Nia dan mereka dikatakan sedang hangat bercinta.

Walaubagaimanapun, Qi dalam kenyataan terbaru beliau menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan baik dan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk merahsiakan apa-apa perkara.

Kami baru berkawan sebenarnya, jadi tiada apa yang mahu dikongsi buat masa ini.?Tunggulah waktu yang sesuai. Buat masa ini boleh kata kami berkawan baik sahaja.

Terdahulu, ada ura-ura mengatakan cinta Qi dan Nelydia sudah bertaut semula namun dinafikan oleh aktres berkenaan. Nelydia memberitahu percintaan beliau dan Qi sudah lama berakhir dan mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan.

Qi juga sebelum ini pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama penyanyi terkenal Yuna.

Sumber Berita : Utusan Online