Written by serenity | August 3rd, 2018

Pelakon cantik Zahirah Macwilson memberitahu, dia tidak meyimpan rasa kesal biarpun hubungan cintanya dengan pelakon Zul Ariffin terkandas di tengah jalan. Dia merasakan dirinya lebih bebas tanpa ikatan dan komitmen kepada sesiapa. Bercakap kepada Utusan Online:

Rasa lebih bebas tanpa cinta. Tak perlu lagi memeriksa telefon berulang kali. Lebih penting masa ini memberi peluang untuk saya fokus kepada kerjaya.

Zahirah mengakui, disebabkan mabuk cinta, dia menjadi tidak serius dalam mengejar kejayaan dalam kerjayanya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | June 6th, 2018

Sudah tiga tahun putus cinta bersama Fathia Latiff, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza tidak pernah terpalit dengan sebarang gosip beliau sedang menjalin hubungan dengan mana-mana perempuan. Peminat tertanya, adakah Aiman masih lagi terluka akibat kisah cinta lalu.

Hidup saya okay saja sekarang. Saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku cuma malas nak fikir soal cinta ketika ini. Saya dan Fathia masih berkawan tetapi hubungan kami sekadar teman biasa saja. Kami masih berhubung cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

Dalam pada itu, Aiman enggan memberikan sebarang komen mengenai segala kontroversi yang dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu sejak kebelakangan ini. Buat Aiman, beliau tidak mahu mencampuri  urusan orang lain apatah lagi ia tidak berkaitan dengan dirinya.

Saya ada dengar beberapa isu dikaitkan dengannya tetapi tidak mahu ambil tahu kerana tiada kaitan. Gosip perkara yang negatif. Saya mahu menerapkan nilai positif dalam diri serta fokus kepada diri dan kerjaya.

Bukan mudah untuk cari teman istimewa, mungkin Aiman lebih selesa untuk bersendiri. Bercinta ini kena ada komitmen juga dan bukannya mudah untuk mencipta kebahagiaan.  Apa-apa pun, bagus juga beliau masih berbaik dan berhubungan dengan Fathia meskipun percintaan mereka putus di tengah jalan, tidak ramai yang boleh begitu dengan bekas kekasih mereka.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 21st, 2018

Kontroversi hangat disebalik alasan Zul Ariffin putus cinta bersama Zahirah Macwilson sedikit sebanyak mengubah persepsi peminat terhadap aktres wanita itu.

Zul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan beliau tidak kesal berpisah dengan Zahirah yang disifatkan sebagai seorang yang tidak layak dijadikan pasangan hidup apabila dengan bergembira boleh “selfie” di dalam masjid kira-kira 20 meter dari jenazah ibunya yang meninggal dunia Disember lalu.

Meskipun sangat terkejut dengan kenyataan Zul yang dianggap sebagai satu fitnah kepada dirinya sehingga pernah ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya itu, Zahirah bagaimanapun kini tidak mahu mengingati perkara itu lagi. Beliau sudah “move on” dan memaafkan Zul.

Apa yang sudah lepas, biarkan berlalu. Saya pun sudah move on meskipun pada awalnya agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat Zul. Malah, saya sendiri hampir ambil tindakan bawa isu tersebut ke tengah dengan berjumpa dengan peguam.

Namun bila difikirkan balik, tidak tergamak untuk menjadikan hal lalu sebagai satu isu. Saya maafkan dia. Its okay, saya pun mahu fokus dengan kerjaya.

Biasalah, dalam hubungan cinta bila semuanya berakhir pasti akan timbul cerita yang tidak sedap didengar, semua keburukan akan keluar. Apa-apa pun baguslah kalau Zahirah enggan lagi mengenangkan apa yang terjadi dan meneruskan kehidupannya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by serenity | April 15th, 2018

Penerbit filem dan drama Gayatri Sulin Pillai menafikan dia ialah orang ketiga dalam percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan bekas kekasihnya Zahirah Macwilson.

Menurut wanita itu, adalah sesuatu yang normal untuk dia berhubung dengan Zul walaupun perhubungan mereka telah berakhir atas dasar persahabatan dan urusan pekerjaan.

Gayatri memberitahu Harian Metro:

Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi danberjumpa atas urusan kerja.