Written by Bella | May 15th, 2019

Kemelut rumah tangga PU Abu dan isterinya, Ain Afini yang sebelum ini viral dan hangat diperkatakan di media sosial akhirnya menemui titik nokhtah apabila  Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini mengesahkan lafaz talak yang dibuat oleh PU Abu bertarikh 13 Mac lalu menerusi WhatsApp tidak sah.

Dalam sumpah yang dibuat oleh PU Abu ketika perbicaraan di mahkamah sebentar tadi, beliau mengaku tidak berniat menghantar mesej untuk menceraikan Ain.

Keadaan yang memaksanya berbuat demikian sedangkan PU Abu sehingga saat ini, masih lagi ada perasaan sayang terhadap isterinya itu.

Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini. Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya. Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri. Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri. Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat.

Sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah, Ain tidak dapat menahan rasa hiba dan menangis sehingga terpaksa ditenangkan oleh kedua- ibu bapa serta keluarganya.

PU Abu meninggalkan mahkamah secara berasingan manakala isterinya menaiki kenderaan yang dipandu oleh bapanya.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang  sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana mahu bernikah dengan seorang wanita berstatus janda bernama Hana Azraa.

Sumber Berita : Harian Metro & Sinar Harian

Kredit Foto : Faiz Anuar

Written by Bella | May 8th, 2019

Selepas beberapa minggu, nampaknya isu berkaitan PU Abu masih lagi berlanjutan. Baru-baru ini timbul pula berita mengatakan beliau sebenarnya sudah pun berkahwin dengan janda anak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Menurut laporan sebuah portal berita, mereka dinikahkan pada awal bulan lalu di Thailand. Apa yang dilaporkan itu berdasarkan status yang dimuat naik di Instagram Stories PU Abu.

Bagaimanapun, sebentar tadi, PU Abu menafikan beliau bernikah di Thailand dan berita yang tular itu adalah fitnah semata-mata.  Jelas PU Abu, akaun Instagramnya telah di godam pihak tertentu yang sengaja ingin memburukkan lagi keadaan.

Pernikahannya dan Hana diadakan secara sah di Malaysia dan direstui ibu bapa masing-masing.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga PU Abu mula menjadi bualan hangat  dan mendapat perhatian ramaiapabila bekas isterinya Ain Afini, mendedahkan beliau telah diceraikan ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan. Perceraian itu berlaku disebabkan orang ketiga dimana PU Abu dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang janda anak satu. Malah, pendakwah itu pernah meminta izin untuk berpoligami ketika dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.