Written by AbangNara | August 8th, 2016

Hai apa khabar semua? Ceria tak hari ini? Izinkan Abang Nara bertanya satu soalan kepada anda semua, pembaca BeautifulNara. Siapa sini merupakan pengguna Digi Prepaid? Mesti ramai kan? Sudah tentu anda gembira, puas hati dan seronok menggunakan Digi Prepaid kerana banyak kelebihan. Hari ini Abang Nara nak sampaikan satu berita yang pasti akan menggandakan lagi kegembiraan dan keseronokan anda. Beritanya tak lain tak bukan ialah pelancaran Digi Prepaid LiVE yang telah berlangsung minggu lalu.
digi prepaid live

Apa benda Digi Prepaid Live ini? Apa yang best sangat? Apa yang seronok sangat? Ish, ish, ish. Sesungguhnya Digi Prepaid LiVE ini tersangatlah awesome, lebih-lebih lagi untuk anda yang gila streaming video dan muzik. Sesiapa yang suka layan YouTube, iFlix, Spotify dan HyppTV, ini adalah pakej terbaik untuk anda. Sebabnya SETIAP BULAN pengguna Digi Prepaid Live akan diberikan 8GB kuota internet PERCUMA.

digi prepaid live

Dengan rangkaian 4G PLUS serta 8GB kuota internet PERCUMA setiap bulan untuk tonton video dan dengar muzik, Digi Prepaid LiVE sememangnya pilihan terbaik kalau anda kaki internet. Abang Nara bukan nak cakap kosong, tetapi Abang Nara juga merupakan seorang pengguna Digi. 4G di mana-mana. Memang puas hati. Internet super duper laju. Tengok video, dengar lagu memang tak ada masalah. Selain daripada 8GB percuma ini, Digi Prepaid LiVE ada banyak lagi benda best nak diberikan kepada penggunanya.
digi prepaid live

Ada free call dan sms kepada BUDDYZ (leh gayut sampai lebam dengan awek tercinta), dapat free 100GB storan di applikasi Capture (leh simpan semua gambar dan video anda) dan juga LiVE Rewards di mana dapat diskaun apabila membuat pembelian di Lazada, Zalora, Agoda dan juga bila booking teksi guna Grab. Dengar ceritanya lagi, LiVe Rewards ini akan ditambah dari masa ke masa. Jadi selaku pengguna Digi Prepaid LiVe, anda dijamin akan dapat lebih keistimewaan pada masa hadapan. Ok jom kita tengok apa yang korang boleh dapat bila topup Digi Prepaid LiVe nie.

digi prepaid live
Nampak tak plan yang ditawarkan untuk Digi Prepaid LiVe ini? Banyak sungguh kuota data yang diberikan. Sebagai peringatan, yang 8GB kuota PERCUMA setiap bulan tue tak termasuk dalam plan di atas ye. Yang itu memang akan dapat sekiranya anda kekal aktif. So kiranya 8GB itu adalah kuota tambahan lah. Perlu diingatkan bahawa Digi mengehadkan penawaran data percuma 1GB untuk penstriman video, dan 1GB untuk penstriman muzik – setiap minggu. Ini bermakna, secara jumlahnya, pengguna akan menerima 8GB percuma setiap bulan, dimana 4GB adalah untuk penstriman video, dan 4GB lagi adalah untuk penstriman muzik. Mungkin di masa hadapan pembahagian ini akan berubah berdasarkan permintaan pengguna. Sama-samalah kita nantikan.
digi prepaid liveKalau anda bercita-cita nak beli nombor prepaid baru ke, nak beralih daripada telco lain ke, Abang Nara sarankan agar mencuba Digi Prepaid LiVE ini. Memang berbaloi-baloi. Dijamin 100% puas hati. Untuk informasi lanjut, layari www.digi.my dan juga Facebook Digi. Selamat layan video dan dengar lagu sampai lebam!!!