Written by Bella | May 6th, 2015

Bakal bernikah dengan kekasih Daud McKienzie tanggal 15 Mei ini, Lana Nodin nampaknya sudah tidak sabar dan merasa teruja untuk bergelar isteri meskipun kini sedang sibuk menguruskan beberapa persiapan buat majlisnya itu nanti.

Saya terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara. Sekarang saya sedang menguruskan tempat dan dewan yang bakal menyaksikan perkahwinan kami nanti. Tiada apa yang saya fikirkan sekarang ini selain sibuk melakukan persiapan perkahwinan.

Lana sebelum ini mengakui sudah banyak kali kecundang dalam cinta. Malah, dia juga ada pengalaman menjalin hubungan cinta selama enam tahun yang kesudahannya tidak ke mana.

David bukan saja menunjukkan keikhlasan dalam hubungan kami, tetapi kesungguhan untuk memiliki saya sebagai suri hidupnya. Dia begitu serius dengan hubungan ini. Saya pun pada mulanya enggan memikirkan hubungan kami akan sejauh ini kerana faktor perbezaan agama. Pun begitu, David dengan rela memeluk Islam.

Mula bertentangan  mata dan berkenalan sekitar Oktober tahun lalu dalam satu acara di Singapura, Daud dapat merasakan keserasian di antara mereka berdua selepas berbicara melalui telefon selama berjam lamanya. Tidak mahu tunggu lama,  Daud yang nama asalnya David melamar Lana pada 3 Januari lalu.

Ibu bapa David juga tidak mempunyai sebarang tentangan apabila anak mereka membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada 5 Disember 2014. Malah sebelum ini beliau sudah mendapat pendedahan mengenai Islam ketika bertugas di Dubai sejak enam tahun yang lalu.

Apabila kita sudah berjumpa dengan orang yang benar-benar membuka pintu hati kita dan membuat kita rasa yakin untuk hidup bersamanya tentu sekali kita akan merasa tidak sabar dan teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah sekali lagi buat Lana Nodin dan Daud McKienzie.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Written by Bella | May 4th, 2015

Pernah mengejutkan industri hiburan tempatan apabila mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi, Lana Nodin dan bakal suami, Daud McKienzie kini menghitung hari untuk bergelar raja sehari.

Jelas mereka sedang dilamun cinta dan sudah tidak sabar untuk hidup bersama menerusi beberapa foto pra perkahwinan yang telah dikongsikan oleh Lana di laman Instagram baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda Daud merupakan  seorang atlet warganegara Amerika Syarikat dan mempunyai darah kacukan Irish dan Filipina. Mereka bertentang mata buat pertama kali ketika Lana menghadiri sebuah acara sukan di Singapura. Kesungguhan  serta kejujuran Daud ataupun nama asalnya David dalam menjalinkan hubungan membuka pintu hati lana untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam.

Kepada Lana Nodin dan Daud semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan perkahwinan anda bahagia sehingga ke akhir hayat.

Kredit Foto: Instagram Lana Nodin

Lagi beberapa foto pra perkahwinan Lana Nodin dan Daud McKienzie dengan membaca artikel ini sepenuhnya.