Written by serenity | December 10th, 2017

Pada malam 7 Disember lepas, satu majlis solat hajat dan doa selamat buat penyanyi dan pelakon Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal,30, telah diadakan di Shah Alam, Selangor. Majlis itu dihadiri oleh berapa orang rakan rapat Elyana seperti Anita Baharom yang berlakon bersamanya dalam drama popular sekitar 2005-2008 iaitu Dunia Baru dan para peminat yang mahu melihat dia sembuh. Turut serta ialah anak perempuan Elyana, Cinta Sumayyah, 6 dan suaminya, Khairul Anuar Hussin.

Majlis itu turut dihadiri pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al Islah. Elyana pada 26 November lepas membuat pendedahan bahawa dia ialah seorang pesakit kanser limfoma tahap empat dan pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai masa setahun saja untuk hidup. Ramai tidak menyangka Elyana tidak sihat kerana dia sentiasa menunjukkan persembahan bertenaga di Gegar Vaganza 4 dan sering berada dalam keadaan ceria.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | June 1st, 2013

Masih ingat dengan Che’nelle Lim? Che’nelle anak kelahiran Sabah yang memiliki darah campuran Cina dan India (Chindian) telah berada di persada muzik antarabangsa sejak lima tahun lepas. Antara lagu hitnya ialah “I Fell In Love With The DJ”.

Awal bulan lepas Che’nelle telah melangsungkan perkahwinan dengan pengajar tarinya iaitu G Madison IV. Suaminya itu pernah menjadi sebahagian tenaga produksi dan artis tari untuk muzik video, filem atau majlis anugerah bagi BRAVO, The 2005 Grammy Awards, 20th Century FOX’s The Ex List, Seeing Stars, Tyra Banks Show, Pussycat Dolls, The DROP, The Choreographers’ Carnival, dan The Dance-Off.



Che’nelle yang pernah berada di bawah naungan Capitol Records kini ialah artis di bawah EMI Jepun dan sudah pun menerbitkan single-single untuk pasaran sana. Kredit gambar Instagram Che’nelle.