Written by serenity | March 16th, 2018

Sufian Suhaimi terkesan dengan putusnya pertunangannya dengan Elfira Loy sehingga mengakui menitis air mata jantannya.  Namun punca sebenar putusnya pertunangan itu dan siapa yang memutuskannya menjadi persoalan ramai pihak.

Mungkin kerana sudah bosan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Sufian , pengurusnya Mahadhir Mohamad  mendedahkan kisah sebenar dari pihak Sufian mengenai punca pertunangan mereka putus melalui satu komen Facebook.

Ibu Elfira mendakwa bahawa dia hanya meminta Sufian menyimpan RM 20 sehari untuk 365 hari sebagai hantaran:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | February 19th, 2018

Selepas tularnya berita mengenai pertunangannya bersama Elfira Loy yang sudah terputus, penyanyi Sufian Suhaimi menerima beberapa mesej daripada rakan artis yang banyak memberikan sokongan untuk beliau kekal tabah kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Antara rakan artis tersebut ialah Heliza Helmi, Aiman Tino, Sharnaaz Ahmad dan Ernie Zakri. Menerusi Insta Stories Sufian, beliau meluahkan rasa terharu terhadap mereka yang meminta beliau terus bersabar, bersemangat dan tidak mengendahkan kritikan netizen.

Terdahulu, ibu Elfira mengesahkan bahawa pertunangan anaknya dan Sufian telah pun putus baru-baru ini dan sedang menunggu masa untuk memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Sufian mengikut adat.

Written by serenity | February 17th, 2018

Walaupun ibu Elfira Loy mengesahkan pertunangan anak perempuannya itu dengan penyanyi Sufian Suhaimi telah putus, penyanyi itu tetap berpegang kepada prinsip, bahawa dia masih bertunang dengan Elfira kerana cincin pertunangan yang dihadiahkannya masih ada dengan Elfira.

Melalui  pengurusnya, Mahadhir Mohamad, mStar Online melaporkan bahawa Sufian dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah dari segi perhubungan dengan pelakon itu,  kecuali terdapatnya campur tangan pihak ketiga.

Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.

Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga.

Sufian juga apabila tiba waktunya, akan membuat kenyataan menerusi Instagram siapakah orang ketiga dalam pertunangan mereka. Ini bagi menjawab dakwaan kononnya Sufian mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan ibu Elfira adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya.

Elfira khabarnya saat ini sedang berada di New York, AS. – beautifulnara.com

Written by serenity | November 25th, 2017

Majlis pertunangan Fazura dan Fattah Amin telah berlangsung 13 November lepas, dan Fazura telah mengenakan busana berwarna lilac yang direka oleh Rizman Ruzaini.

Ia merupakan kebaya tempahan khusus (custom-made) berinspirasikan ropol era Victoria. Tatarias Fazura disempurnakan oleh jurusolek Shiela Mohamad manakala rambutnya digayakan oleh C. K. Liow.

Majlis pertunangan mereka dilangsungkan di rumah banglo kediaman nenek Fazura secara tetutup, dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan rapat pasangan itu. Baju melayu Fattah yang sepadan dengan busana Fazura ialah dari koleksi Far8 Altelia Amani manakala fabrik ialah dari Jakel Malaysia.

Pasangan itu memberitahu majlis pertunangan ini telah dirancang berminggu lebih awal dan bukan dilaksanakan secara tergesa-gesa. Mereka bagaimanapun bercadang untuk memberitahu mengenai majlis tersebut selepas keduanya selesai mengerjakan ibadah umrah dengan keluarga masing-masing.

Dari hasil perincian pelamin pertunangan serta busana tempahan khusus untuk Fazura, boleh disimpulkan ia memang telah dirancang lebih awal. Proses dokumentasi untuk urusan pernikahan sedang dilakukan oleh syarikat pengurusan mereka yang dijangka melangsungkan pernikahan secara tertutup hujung tahun ini.

Ramai peminat bersyukur impian mereka untuk melihat pasangan ini bersatu bakal menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan buat Fattah dan Fazura atas pertunangan ini. – beautifulnara.com