January 31st, 2011

Tema persembahan Raja Lawak 5 minggu 4 ialah “Cinta”. Abang Nara tak sempat tengok secara live tapi Abang Nara dah tengok kat YouTube. Cinta itu bagi Abang Nara sememangnya suci macam cinta Chris Medina. Tapi persembahan peserta-peserta Raja Lawak pada minggu 4 ini agak lucah.

Mulanya Abang Nara ingat Abang Nara je yang fikir gitu. Tup-tup dapat satu email daripada seorang pembaca yang turut berfikiran serupa. Korang bacalah luahan hati dia nie. Ada betulnya jugak. Moga pihak Raja Lawak akan lebih berhati-hati selepas ini.

[note]Saya sangat kecewa dengan Raja Lawak malam ni. boleh dikatakan hampir semua peserta buat LAWAK DOUBLE MEANING. atau bahasa kasar lawak lucah! Dengan HOS-hosnya sekali. Buktinya, at the end of the show, Zizan mintak maap tkasar bahasa dan “terlebih perkataan”. Pleaaaaasseeelaa.

Selama yang saya tau, bila ada Raja Lawak, semua family akan berkumpul tengok sekali. Selalunya ditonton dengan anak2. Tapi kalau hampir semua contestant buat lawak double meaning gitu, cuba bayangkan pengaruhnya kepada kanak2. Nak2 budak2 baru nak naik, Lawak2 macam ni la yang akan meniti dibibir2 mereka kat sekolah dek kerana rancangan ni. rRsak anak bangsa!.

Dan believe me, tadi saya baru lepas tonton Raja Lawak ni dengan family saya. Masing2 jadi macam xbest. Budak2 terpinga2. WAHAI PIHAK ASTRO, TOLONG LA TEGUR PARA PESERTA SERTA HOSNYA SEKALI. Isu2 sensitif gitu xpayah la nak dibuat lawak. Kalau nak buat jugak, labelkan rancangan ni 18sx. bukan U. Kepada raja lawak, gunakan kelebihan yg anda ada sebagai pelawak dengan sebaiknya. [/note]

Apa pendapat anda yang menonton Raja Lawak minggu lepas?

P.S: Dapatkan Blackberry Torch 9800 dengan harga termurah sempena dengan Celcom Everyone Sale hari ini jugak.