March 11th, 2015

Bakal berkahwin pada tanggal 29 Mei nanti, pengacara program Selamat Pagi Malaysia  iaitu Iesya Toh dilimpahi rezeki apabila menerima tajaan beberapa pihak sehingga mencecah angka RM 1 juta.

Pada awalnya Iesya  ingin mengadakan majlis perkahwinan secara ringkas sahaja tetapi  perkara sebaliknya berlaku  sejurus selepas beliau tersenarai dalam pencalonan awal bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) serta pengumuman beliau bakal berkahwin.

Pada peringkat awal, saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana saja. Namun, ia jadi sebaliknya pula.

Semuanya bermula bila nama saya tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH 2014 dan selepas keluar cerita saya nak kahwin, ramai pihak yang berminat dan menghubungi perancang majlis, Jazznyta Rahim Artistic Team untuk menaja majlis pernikahan dan persandingan saya nanti.

Iesya bakal dinikahkan dengan pasangan beliau Huzairee Mohamad di Masjid Angkasapuri pada jam 9 Pagi dimana majlis pernikahan tersebut juga akan disiarkan secara langsung didalam program Selamat Pagi Malaysia.

Iesya bakal menerima mas kahwin RM 1,000 dan wang hantaran berjumlah RM 50,000.

Majlis persandingan pula  akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Taman Tasik Titiwangsa. Satu lagi majlis persandingan khusus juga akan diadakan pada keesokan harinya di Padang Angkasapuri bagi peminat tempatan dan Malaysia.

Inilah yang dinamakan rezeki bakal pengantin. Siapa sahaja yang ingin menolak tajaan sehingga RM 1 juta bukan? Pastinya perkahwinan Iesya Toh cukup eksklusif. Kami harap segala perancangan berjalan dengan lancar dan berbahagia di samping suami tercinta nanti sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Harian Metro