November 30th, 2018

Sekarang ini, tidak dinafikan ramai artis yang mahu dikurniakan anugerah tang membawa gelaran Datuk. Gelaran itu bukan sahaja sekadar  pengiktirafan tetapi mengangat sedikit taraf seseorang dan pastinya lebih dihormati ramai.

Namun, buat penyanyi lagenda Ratu Rock Ella, beliau tidak pernah mengejar sebarang anugerah mahupun gelaran Datuk walaupun sudah 32 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air. Buat Ella, sekarang ini bukan rezekinya untuk memikul anugerah tersebut.

Saya tidak kejar pangkat atau gelaran Datuk sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian kerana percaya pada rezeki dari Allah. Kalau rezeki itu milik kita tiada siapa pun akan dapat menghalangnya kerana rezeki tidak pernah salah alamat.

Sebenarnya, bukan senang untuk golongan anak seni mendapat gelaran Datuk itu kerana sebagai mana yang kita tahu ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul selepas itu. Gelaran sebagai Ratu Rock tanah air juga sudah cukup buat saya berasa bangga dan dihargai peminat dalam bidang muzik tanah air.

Bagaimanapun, Ella tidak menolak jika satu hari nanti ada pihak yang ingin menganugerahkannya gelaran Datuk. Ia adalah rezeki buat beliau dan akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sumber Berita : Harian Metro

May 19th, 2015

Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi popular Ella juga mahu mempunyai cahaya mata beliau sendiri bersama suami Azhar. Mengakui pernah menjalani rawatan kesuburan untuk mendapatkan zuriat sebelum ini, Ella percaya bahawa rezeki mereka pasti akan hadir satu hari nanti asalkan tidak pernah berputus asa.

Seperti pasangan lain yang sudah berumahtangga, kami juga melakukan beberapa ikhtiar namun rezeki kami masih belum menyebelahi. Kami pernah menjalani rawatan (kesuburan) secara klinikal, namun selebihnya saya dan suami berserah pada Allah.

Siapa yang tidak ingin cahaya mata sebagai penyambung zuriat? Tambahan pula kami datang daripada keluarga yang besar.

Ella juga turut mengamalkan petua memakan makanan sunah dan mengikuti beberapa saranan doktor mengenai makanan yang baik untuk beliau amalkan.

Kini saya mengamalkan makanan sunah dan mengikut saranan doktor yang memberi sedikit informasi mengenai makanan yang elok untuk diamalkan. Sememangnya saya dan suami sentiasa berusaha dan doakan moga kami cepat menerima cahaya mata, InsyaAllah.

Berkat kesabaran dan sikap untuk tidak berputus asa Ella dan suami pasti satu hari nanti hasrat mereka untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan. Kami doakan agar anda berdua terus berusaha dan menyayangi di antara satu sama lain.

Sumber Berita: mStar Online