December 29th, 2012

Fuh ~~~ Peminat-peminat bola sepak Kelantan terutamaya dan peminat bola sepak Malaysia amnya bolehlah menarik nafas lega mendengar jaminan daripada penjaga gol mereka, Khairul Fahmi Che Mat yang lebih dikenali dengan nama Apek.

apek dan leuniey

Selesai sahaja majlis pernikahannya dengan Leuniey pada Jumaat lepas, Apek memberikan jaminan yang perkahwinan tidak akan menjejaskan prestasi permainannya. Kata Apek kepada Utusan Malaysia:-

Insya-Allah prestasi saya tidak akan terjejas, kita kena ambil positif, lihat David Beckham sebelum ini biarpun sudah berkahwin tetapi prestasinya tidak menurun malah semakin meningkat. Saya akan cuba kekalkan prestasi yang terbaik kerana ini adalah karier saya dan saya amat bertuah kerana Leuniey amat memahami karier saya sebagai seorang pemain bola sepak.

Biasanya memang mutu permainan pemain bola sepak akan lebih meningkat selepas perkahwinan. Ini kerana kehidupan yang lebih teratur, ada teman berbicara dan pemikiran menjadi lebih matang. Semoga dengan perkahwinan ini, karier Apek selaku penjaga gol akan maju setapak lagi. Sama-samalah kita doakan demi masa depan bola sepak negara kita juga!!!

May 2nd, 2011

Olololo ~~ Sweet dan comelnya budak 2 orang nie. Seperti yang anda ketahui, Elia ataupun lebih dikenali dengan nama Jejari Runcing kini sedang bercinta dengan penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Korang cuba tengok video teaser kisah cinta mereka berdua di atas. Sweet macam gula-gula lolipop.

Mesti korang tak tahan nak tengok video penuh mereka berdua kan? Jangan risau. Video penuh boleh ditonton sepenuhnya di Facebook SetelKahwin. Tapi korang kena LIKE Facebook SetelKahwin dulu baru leh tengok video full version kisah percintaan 2 orang ini. Abang Nara dah tengok dan memang diakui kemanisan budak dua orang nie. Hehehe.

Tunggu apa lagi. Tengok full video di Facebook SetelKahwin sekarang jugak. Sambil-sambil tue kita doakan Elia dan Khairul Fahmi dipercepatkan jodoh mereka.