October 7th, 2016

Kesahihan ijazah doktor falsafah Azizan Osman, seorang penceramah motivasi ialah subjek yang telah dibincangkan bertahun-tahun lamanya. Malah, seorang penulis blog penipuan perniagaan online, Aidid Muaddib juga pernah menulis mengenai dakwaan Azizan pada tahun 2010. Aidid dikenali sebagai seorang penulis blog yang mendedahkan penipuan perlbagai individu dan perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM).
 photo 51475198788_AzizanOsman.jpg
Sebelum ini Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Antarabangsa Kuala Lumpur (IUAM) telah menafikan pernah mengijazahkan sijil Doktor Falsafah kepada Azizan Osman.

Bagaimanapun, Azizan semalam mendakwa dia telah mempunyai PhD dalam bidang Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat (AS) dan kini sedang berada dalam senarai untuk menerima Ph.D dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK).

Berikut adalah salinan penuh kenyataan tersebut :

KENYATAAN RASMI
PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 – Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.

Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.

Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.

Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami.

Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.

Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera.

Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebook www.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedIn www.linkedin.com/in/drazizanosman.

Laman web rasmi syarikat adalah www.richworks.com.my.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di [email protected]

Namun begitu, Pseudoscience Watch (PW) telah membuat hujah meragui kenyataan tersebut.

1. Ph.D dari Gordon University – Gordon University ialah diploma mill. Maka, Ph.D dari Gordon University adalah phd palsu.

2. Memenuhi syarat Ph.D di Universiti Hertfordshire. Belum dianugerahkan Ph.D  lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada Ph.D. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang Ph.D  tersebut nanti kerana memang ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual.

3. Berkenaan Ph.D UM. Wakil? Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang tak ada la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg tak ada la. Macam mana boleh guna “Ph.D” tu? Kata banyak Ph.D, takkan tu pun tak tahu?

4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Ph.D dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia.

Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran “Dr.” kerana dia masih belum memiliki sebarang Ph.D yg sah.
-VN-

Merujuk PW, dalam satu laporan berita oleh The Courier Online pada tahun 2013, terdapat satu sindiket yang memjual REPLIKA sijil ijazah Ph.D berharga £1,000 (RM 5139.74) dan Universiti Hertfordshire termasuk dalam senarai replika tersebut.

Melalui carian, penulis telah membaca satu artikel yang ditulis oleh Jason Morris dari EmployeeScreenIQ. Laman web ini menulis mengenai kepentingan bagi majikan untuk mendapatkan kesahihan maklumat kelayakan pendidikan bakal-bakal pekerja untuk mana-mana organisasi.

Ini kerana ramai yang menipu kelayakan pendidikan.

Jason memberitahu yang dia telah membeli sijil ijazah sarjana dan Ph.D dari Universiti Gordon (Azizan mendakwa menerima Ph.D dalam Metafizik dari universiti ini) dengan harga USD 295 (RM 1225.68), dan ia memang palsu. Dia menggantung sijil-sijil itu di dinding pejabatnya untuk membuktikan ia senang didapati.
 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.50.00 AM.png

Malah, seorang pengguna Facebook, Hairul Hasnan memberitahu telah menghantar e-mel kepada Universiti Hertfordshire di UK dan dia dibalas dengan e-mel yang mengandungi satu surat ditandatangani oleh Anne Edwards, Pendaftar di Universiti Hertforsdhire.
 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.55.33 AM.png

Anne menyatakan Universiti Hertfordhshire tidak mempunyai rekod mengenai individu bernama Azizan Osman dan menyifatkan dakwaan Azizan ialah berbentuk penipuan (fraudulent).


 photo 14556791_10210482712602098_3596631086462913529_o.jpg
Malah, netizen mempersoalkan sekiranya Azizan mempunyai Ph.D, di institusi manakah dia menjalani pengajian ijazah sarjana muda (Bachelor’s Degree) dan Ijazah Sarjana (Masters)?


 photo Screen Shot 2016-10-07 at 9.34.08 AM.png

Penulis mengakhiri artikel ini dengan satu tweet kelakar di Twitter.

 


October 26th, 2015

Berhubung dengan dakwaan Karen Rahman bahawa Maria Farida merampas suaminya, Maria telah menerangkan bahawa dia tidak merampas suami sesiapa, sebaliknya hubungan Karen dan bekas suaminya memang bermasalah. Malahan, anak-anak perempuan Karen turut menyebelahi Maria, memberitahu mereka meyokong sekiranya Papa mereka dijaga oleh Maria Farida atas alasan tertentu.


 photo 155964_463664953675857_2103806868_n.jpg
Melodi TV3 telah menghubungi Karen bagi memperjelaskan mengenai dakwaan Maria bahawa Karen telah menyimbah cat ke kereta pelakon itu:-

Buat masa ini saya tak nak jawab apa-apa sebab peguam saya beritahu suruh saya berdiam diri sebab saya tak nak benda ni mengganggu. Memang saya nak jawab tapi peguam saya kata biar dulu sebab saya dalam proses untuk saman Maria.

Ada beberapa isu yang kereta dia buat laporan keretanya disimbah cat. Dia sebut nama saya di balai dan ia menyusahkan saya.

Saya tidak buat benda itu jadi saya akan mengambil tindakan mahkamah untuk saman fitnah terhadap dia.

Saya memang hendak mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala tuduhan untuk memperbetulkan apa yang dia cakap sebenarnya tipu. Dia tu memang penipu. Dia memang mengganggu rumahtangga saya dan saya ada bukti yang kukuh.

Dia mengganggu rumahtangga saya sebelum terjadi pergaduhan antara saya dan suami. Saya benarkan perbualan ini dirakam dan disiarkan di Melodi. Dalam masa terdekat ini saya tak nak buat sidang media pun sebab saya dalam proses mahkamah.

Nampaknya perkara ini akan mengambil masa untuk diselesaikan. Hanya masa akan mendedahkan siapa bercakap benar dan siapa yang berbohong.

Persembahan Majlis Sambutan Ulang tahun ke 7, Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Warisan Dunia ( UNESCO ) yang akan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 22 October 2015

April 1st, 2015

Susulan daripada dakwaan telah mendera penyanyi kanak-kanak Tegar secara seksual, bekas pengurus artis Indonesia itu, Arif Dollah telah ditangkap oleh pihak berkuasa Singapura.

Menerusi Berita Harian Singapura, pihak polis telah mengesahkan perkara tersebut apabila mereka menerima dua  laporan polis yang dibuat ke atas lelaki berusia 29 tahun tersebut. Buat masa ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.

Sebuah laporan juga telah dibuat  kepada badan khas bagi melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).

Bekas anak tiri kepada Arif juga seorang penyanyi di Singapura, Sufie Rashid turut membuat laporan polis bahawa beliau telah didakwa secara seksual pada usia 13 tahun.

Arif sebelum ini mempersoalkan tindakan Tegar yang hanya menimbulkan isu ini ketika beliau berada di Malaysia dan bukan sewaktu di Indonesia. Pada masa yang sama Arif  juga menjawab dakwaan beliau menyekat wang hasil persembahan Tegar hingga membuatkan penyanyi itu kembali mengemis, katanya tuduhan itu tidak benar kerana pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan beliau akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan.

Dengan penangkapan Arif, kami percaya hal yang sebenar akan terungkai tidak lama lagi. Pada masa itu baru kita tahu siapa benar siapa salah. Teruskan bersama BeautifulNara untuk update terbaru nanti.

Sumber Berita: Berita Harian Singapura

 

 

March 18th, 2015

Konflik diantara penyanyi Tegar dan bekas pengurusnya Arif Dollah semakin hari semakin panas. Dituduh pada mulanya melarikan pasport milik Tegar kemudian didakwa meliwat kanak-kanak tersebut sehinggalah pendedahan eksklusif oleh bekas anak tirinya seorang penyanyi daripada Singapura yang turut mendakwa pernah menjadi mangsa seksual Arif.

Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak Tegar masih belum mempunyai bukti yang kukuh atas pertuduhan mereka apabila tidak menunjukkan hasil laporan pemeriksaan jika benar beliau diliwat ataupun sebaliknya.

Dalam kenyataan terbaru, Arif mempersoalkan tindakan Tegar yang hanya menimbulkan isu ini ketika beliau berada di Malaysia dan bukan sewaktu di Indonesia. Pada masa yang sama Arif  juga menjawab dakwaan beliau menyekat wang hasil persembahan Tegar hingga membuatkan penyanyi itu kembali mengemis, katanya tuduhan itu tidak benar kerana pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan beliau akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan.

Untuk pengetahuan, pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan saya akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan. Kalau lewat ibunya akan asyik menghubungi saya sehingga wang dimasukkan dalam akaun.

Selain ibu bapanya, Tegar juga perlu menyara empat adik tiri, nenek dan saudara-maranya. Jadi tuduhan itu tidak benar sekali. Dalam isu ini, cuba fikir berapa banyak yang diterima Tegar selepas wang persembahan digunakan untuk membayar perbelanjaan pengurusan. Saya hairan, Tegar sendiri dalam temu bual dengan sebuah stesen radio di Singapura baru-baru ini mengatakan ibunya tidak mengemis.

Mengenai  dakwaan Sufie pula, Arif tidak mahu memberikan komen lanjut tetapi beliau hairan kenapa baru sekarang Sufie mahu memberitahu hal tersebut dan agak pelik apabila beliau memberikan kenyataan bercanggah kepada pihak media. Ini kerana sebelum ini Sufie menafikan ibu beliau pernah berkahwin dengan Arif di laman Facebook miliknya.

Selama ini, Sufie tidak pernah membuka cerita mengenai dakwaan itu sehinggalah kes Tegar timbul. Mengenai hal ini, saya tidak mahu komen banyak kerana menjaga aib ibu serta keluarga Sufie. Cuma saya pelik kenapa Sufie boleh memberi kenyataan berbeza kepada media kerana di laman Facebook miliknya, dia menafikan ibunya pernah berkahwin dengan saya.

Masalah sebegini pasti akan berpanjangan sekiranya tiada bukti yang dikemukakan. Masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Jadi jika Tegar berada di pihak yang benar, silalah tampil dengan sokongan kepada kata-kata anda sebelum ini.

Sumber Berita: Harian Metro